fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Ibu Justin Bieber Membidas Kenyataan Keluarga Selena Gomez
Elak Kuman Pada Alat Solek
Valentino Mahu Membeli Balmain Dengan Harga €500 Juta
Putera Harry Dikhabarkan Bersama Meghan Markle
Bapa Meghan Markle Menarik Diri Daripada Perkahwinan Meghan Markle
Home > Uncategorized > Kenali Wanita Muslim Pertama Menghiasi Muka Depan Playboy

Kenali Wanita Muslim Pertama Menghiasi Muka Depan Playboy

Noor Tagouri, cipta sejarah apabila menjadi wanita berhijab pertama yang dipilih untuk menghiasi muka depan majalah Playboy edisi “Renegades”.
 

Edisi tersebut menampilkan individu berhijab dari pelbagai latar belakang yang ingin memecahkan stigma dalam bidang pekerjaan masing-masing.
 
“Saya ingin membuktikan kepada semua bahawa anda tidak perlu mengubah atau mengorbankan diri anda untuk melakukan apa yang anda minat,” ujar Tagouri kepada Playboy.
 

Dia berharap untuk menjadi pembaca berita berhijab pertama di Amerika Syarikat selain ingin mendapat peluang berucap di TEDxTalk.
 
“Saya hanyalah seorang wartawan yang memakai ‘hoodie’ tetapi saya juga adalah seorang pencerita, pakar motivasi, usahawan dengan hanya menjadi diri sendiri. Menerusi pencapaian saya, saya berharap ia mampu membuka peluang untuk individu lain juga,” tambahnya lagi.
 
Oleh: Lylatul Qadrina