fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Tod’s raikan gaya ikonik tiga model.
Gambar Comel Putera George Sempena Ulang Tahun Ketiga
Janet Jackson Berpisah Dengan Suami Billionaire Wissam Al Mana
Bella Hadid Wajah Baru Nike
Jurufoto Terkenal Terry Richardson Terima Perintah Larangan Daripada Dunia Fesyen
Home > Uncategorized > Ketua Pengarang Vogue Arabia Dipecat Hanya Selepas Dua Isu

Ketua Pengarang Vogue Arabia Dipecat Hanya Selepas Dua Isu

Hanya selepas dua isu, ketua pengarang Vogue Arabia Puteri Deena Aljuhani Abdulaziz telah digantikan dengan ketua pengarang yang baru, Manuel Arnaut, bermula 7 Mei ini.

 

Abdulaziz telah membantu mengetuai Vogue Arabia dengan debut mereka dengan menampilkan Gigi Hadid memakai hijab yang menjadi topik kontroversi serata dunia dan juga dunia fesyen sekaligus melonjakkan nama Vogue Arabia.

 
[envira-gallery id=”65129″]

Dia juga telah mengesahkan yang dia dipecat selepas bercanggah pendapat dengan penerbit Condé Nast International dan juga penerbit di Dubai, Nervora.

 

“Saya berpegang teguh kepada nilai-nilai dan visi saya untuk Vogue Arabia dan saya enggan berkompromi apabila saya merasakan pendekatan penerbit bercanggah dengan nilai yang membentuk pembaca kami dan peranan saya sebagai ketua pengarang untuk memastikan nilai-ilai itu disampai dengan cara yang tulus,” terang Abdulaziz kepada Business of Fashion.

 

“Saya bangga dengan apa yang saya sudah capai dalam masa yang singkat ini… Dari mula lagi memang niat saya untuk membina edisi Vogue yang penting ini dari awal hinggalah matang seperti majalah Vogue yang lain.”