Watak Donatella Versace Dimainkan Lady Gaga

Lady Gaga dan Donatella Versace sudah lama berkawan

 

Mereka berdua berkongsi rambut perang platinum ikal lurus, kulit bak dicium matahari dan gaya yang lebih kurang seakan. Secara fizikal, Lady Gaga memang secocok dengan watak Donatella Versace dalam antologi bergenre jenayah oleh Ryan Murphy.

 

US Weekly mengkhabarkan bahawa Lady Gaga telah dipilih sebagai pemegang watak pereka fesyen terulung dalam musim ketiga rancangan American Crime Story. Ia berlatarkan pertengahan tahun 1997 iaitu semasa kes pembunuhan Gianni Versace, abang tersayang kepada Donatella.

 

Sumber terdekat kepada Lady Gaga, yang juga merupakan pemenang Anugerah Golden Globe, mengesahkan bahawa Lady Gaga akan terlibat dalam rancangan tersebut, walaupun casting belum dijalankan lagi.

 

“Lady Gaga pilihan terbaik buat watak Donatella”, kata Ryan pada bulan Oktober lalu.

 

The first images of the new advertising campaign of Versace for spring/summer 2014 stars the mother of little monsters ,Lady Gaga. Gaga wearing a dress from the spring 2014 collection was photographed by the duo Mert Alas and Marcus Piggott looking very much like the sister of Gianni Versace, Donatella. The cooperation of the singer with the Italian fashion house began three years ago .In 2011, Lady Gaga appeared dressed in garments from the last collection designed by Gianni Versace, in her video called The Edge of Glory. 74018 EDITORIAL USE ONLY Scope Features Agency does not claim any Copyright or License in the attached material. Any downloading fees charged by Scope are for Scope services only, and do not, nor are they intended to, convey to the user any Copyright or License in the material. By publishing this material , the user expressly agrees to indemnify and to hold Scope harmless from any claims, demands, or causes of action arising out of or connected in any way with user's publication of the material.

Lady Gaga dijadikan muse jenama Versace untuk salah sebuah kempen mereka pada tahun 2014

 

Donatella dan Lady Gaga sudah bertahun menjadi berkawan. Lady Gaga juga dijadikan muse bagi jenama Itali tersebut buat kempennya pada tahun 2014 dan sering menjadi penduduk di barisan pertama ketika pertunjukkan fesyen label Versace itu. Dalam album lepasnya, Artpop, Lady Gaga mendedikasikan sebuah lagu khas bertajuk nama coutourier tersebut.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

 

POST A COMMENT