fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Cinta Pilihan Tunku Tun Aminah? Dennis Muhammad!
Rihanna Dinobatkan Harvard University Humanitarian of the Year
KLFWRTW 2016 Day 2: Diantara Aura Elegan Dengan Revolusi Fesyen Baru
Kylie Minogue Dan Kylie Jenner Berebut Hak Ke Atas Nama “Kylie”
Dimanakah Kim Kardashian?
Home > Uncategorized > Tun Aminah Menikahi Dennis Muhammad Dalam Upacara Penuh Beradat

Tun Aminah Menikahi Dennis Muhammad Dalam Upacara Penuh Beradat

Selepas tiga tahun mengenal hati budi masing-masing, satu-satunya Puteri Diraja Johor ,Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim (31) akhirnya sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Dennis Muhammad Abdullah (28) dalam satu acara tertutup di Istana Bukit Serene pagi tadi.

 

Majlis pernikahan tertutup yang diadakan mengikut adat Melayu sepenuhnya itu turut disaksikan oleh Sultan Johor sendiri DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, DYMM Permaisuri Tuanku Raja Zarith Sofiah Idris Shah, Martin dan Henriette Verbaas (ibu bapa Dennis), kerabat-kerabat rapat, dan teman-teman baik kedua-dua belah pihak.

 

Dennis Muhammad turut memberikan mas kahwin sebanyak RM22.50.

 

Antara hantaran daripada pihak Diraja Johor termasuklah satu naskhah Al-Quran, sejadah, dan sebentuk cincin emas.

 

Upacara perkahwinan kedua mempelai akan diteruskan pada malam ini dengan majlis resepsi dan juga persandingan mereka yang bakal dihadiri oleh 1200 orang jemputan.

 

GLAM mengucapkan setingg-tinggi tahniah kepada YAM Paduka Puteri Johor Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah atas permulaan baru dalam hidup mereka ini.

 

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto: Royal Press Office

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse