Look 84 Koleksi Métiers d’Art 2017/18 Chanel Menampilkan Magis Karl Lagerfeld
DIOR Autumn Winter 25 Show #DiorAW25 Livestream
Suasana Gemerlap Chanel Métiers D’Art 2017
Ameera Khan Curi Tumpuan di Milan Fesyen Week
10 Stail Terhangat Di Karpet Merah Festival Filem Venice 2022
Home > Fesyen > Valentino Garavani Open Skate, Sniker Sifat ‘GENDERLESS’

Valentino Garavani Open Skate, Sniker Sifat ‘GENDERLESS’

FESYEN KINI TIDAK TERBATAS PADA SATU GENDER. YOU CAN MIX WITH ANY STYLE TO CREATE YOUR OWN UNIQUE LOOK. LENGKAPI PENAMPILAN MUSIM INI DENGAN SEPASANG SNIKER BERSIFAT GENDERLESS LAGI COOL, VALENTINO GARAVANI OPEN SKATE.  What to buy now? GLAM cadangkan sniker Valentino Garavani Open Skate sebagai item baharu yang wajib dimiliki. Memasuki musim panas, stail dan penampilan perlu kelihatan cool, nyaman dan menyenangkan. Pakai hanya yang selesa-selesa sahaja. Mudah pula untuk disarungkan. Fashion should be easy, accessible right? Snicker yang mengilhami dunia dan budaya skate, dengan rekaan yang empuk dan siluet distingtif-mengertikan fesyen melalui perspektif baharu. Ia diperkenalkan oleh Valentino, buat pertama kali, sewaktu pementasan Valentino After Club Fall 2022 (koleksi lelaki) dan Valentino Promenade Fall 2022 (koleksi wanita).  Butiran mewah yang melambangkan identiti Valentino Garavani disematkan pada rekaan ini, dengan kecirian baharu dan reka bentuk unik: daripada VLogo Siganture yang dibulatkan kepada One Stud yang ikonik dipaparkan pada sisi tapaknya, manakala stud yang lebih kecil dihadirkan pada bahagian depan kasut. Rupa yang edgy, namun lembut secara keseluruhannya. Open band yang ikonik, berupa minimal boleh dikesan dalam warna hitam dan variasi warna berbeza, seperti hijau, biru, ungu dan ‘burgundy’ yang disuntik pada bahagian warna putih kasut. Tali kasut pula direka dalam ukuran lebih lebar berbanding versi klasik;  dengan grafik geometri namun elegan, kekal memancarkan VLogo. Artikel berkaitan: Selebrasi Musim Panas, Kate Spade New York Sambut Koleksi Penuh Warna