Dekati kolaborasi ISSEY MIYAKE x New Balance MT100 Yang Sensual
#MFW-Yugyeom Muncul Di Onitsuka Tiger Spring Summer 2023
Kemewahan Aildifitri INNAI RED Raya Luxe 2021
MFW Street Style: Peranan Warna Dalam Suai Padan
Chanel Mengeluarkan 4 Trailer Pendek Untuk Kempen Gabrielle
Home > Fesyen > Victoria’s Secret Fashion Show 2017 Takluk Kota Shanghai

Victoria’s Secret Fashion Show 2017 Takluk Kota Shanghai

Prev1 of 90
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bertempat di arena Mercedez-Benz, Shanghai, Victoria’s Secret Fashion Show telah mempamerkan koleksi terbaru mereka di hadapan 3000. Daripada Adriana Lima, Alessandra Ambrosio, Lais Ribeiro sehinggalah muka-muka baru seperti Estelle Chen, Grace Bol, dan ramai lagi. Pertunjukan pada hari itu juga dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai tema masing-masing.

 

Segmen pembukaan yakni “Punk Angel” merupakan segmen dengan ceraian terbesar  dengan 23 look juga merupakan kolaborasi antara Victoria’s Secret bersama pereka fashion ternama Olivier Rousteing. Buat segmen “Porcelain Angel” pula, setiap rupa yang ditampilkan diberikan sentuhan hand-painted. Segmen “A Winter’s Tale” pula menampilkan ceraian-ceraian bermotifkan fantasi dalam musim sejuk yang penuh magikal. Segmen yang dinanti-nantikan adalah segmen “Goddesses” di mana Champagne Nights Fantasy Bra bernilai $2 juta itu diperagakan oleh Lais Ribeiro. Segmen terakhir pada malam itu ditutup dengan “Nomadic Adventure” yang turut menampilkan look istimewa Victoria’s Secret dan Swarovski yang telah menggunakan 250,000 kristal untuk menyiapkan rupa keseluruhan.

 

Turut diselitkan di antara setiap segmen adalah persembahan hebat daripada Harry Styles, Miguel, Jane Zhang, dan Leslie Odom Junior.

 

Tatap setiap look yang diperagakan oleh model-model ternama ini di atas pentas terbesar dalam sejarah Victoria’s Secret.

 
Prev1 of 90
Use your ← → (arrow) keys to browse