Loading media...

Unable to load content
Bonia Meraikan Pelancaran Butik Utama di Suria KLCC
The Knott Satchel, Idaman Baharu Wanita
HABIB Lancar Koleksi Terkini Rantaian Kasih Di Aidilfitri 2024
Zahnita Wilson: Wajah Ikonik Menawan Hati Pembaca GLAM
9 Personaliti Wanita Curi Perhatian Di Paris Fashion Week Men’s 2025
Home > Fesyen > Keanggunan Minimalis Giorgio Armani Memikat di Milan FW26

Keanggunan Minimalis Giorgio Armani Memikat di Milan FW26

Di pentas Milan Fashion Week musim Fall/Winter 2026, sang maestro sekali lagi membuktikan bahawa kemewahan sebenar tidak perlu bersuara lantang. Ia cukup sekadar berbisik melalui potongan yang sempurna. 

Sentuhan ‘King Giorgio’ FW26: Definisi Keanggunan Minimalis yang Terus Menawan Pentas Milan.

Palet warna yang dipilih sangat subtle dan mahal. Bermula daripada warna greige yang ikonik, beralih ke warna biru midnight yang dalam, sehinggalah ke sentuhan baldu hitam yang pekat. Setiap fabrik yang digunakan daripada sutera krep yang jatuh terletak dengan penuh gemalai hingga ke fabrik bulu kashmir yang menyelimuti tubuh dengan kemewahan menceritakan tentang craftsmanship yang tiada tandingan. Tiada perincian yang berlebihan dalam koleksi kali ini, hanya garis leher yang bersih serta butang yang diletakkan secara strategik. Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah lilitan tali pinggang rona off-red yang hadir sebagai kejutan visual. Ia merupakan satu style statement yang bijak. 

Apa yang menarik perhatian musim ini ialah bagaimana Armani bermain dengan tekstur. Jaket double-breasted yang dipadankan dengan seluar potongan fluid memberikan imej wanita yang berkuasa namun tetap mengekalkan sisi feminin yang lembut. Ia adalah tentang effortless chic gaya yang nampak mudah tetapi memerlukan cita rasa yang tinggi untuk digayakan.

Koleksi Giorgio Armani FW26 membuktikan bahawa wanita yang benar-benar elegan tidak perlukan gimik. Cukup sekadar menghargai kualiti dan kekal dengan identiti sendiri. Kerana bagi Armani, menjadi diri sendiri adalah kemewahan yang paling agung. 

Artikel berkaitan: Demna Membuka Bab Baharu Di Gucci FW26