Visi Gaun Perkahwinan Chiara Ferragni Direalisasikan Oleh Dior
Sabtu yang lalu (waktu Itali) blogger Itali Chiara Ferragni said her I Do’s bersama tunangnya, rapper Federico Leonardo Lucia dalam sebuah majlis megah dan menawan diPalazzo Nicolaci di Villadorata, sebuah istana megah terletak di Noto, Sicily. The wedding itself menjadi topik perbualan ramai dek kerana keindahan kawasan yang dipilih oleh pasangan ini namun the star of the show merupakan dua pasang busana Dior yang dikenakan oleh Ferragni pada majlis tersebut. Bekerjasama dengan pengarah kreatif Dior sendiri, Ferragni berjaya merealisasikan impian dan juga visinya buat hari istimewa itu. “Saya dan Maria Grazia Chiuri sudah memberi sokongan kepada satu sama lain untuk tempoh yang lama dan saya mahukan dia menjadi sebahagian daripada detik paling bermakna dalam hidup saya,” ujar Ferragni kepada W.
Dari proses perancangan sehingga ke proses pelaksanaan, ia memakan masa lebih daripada enam bulan untuk Grazia Chiuri dan Ferragni. Ferragni memberikan kebebasan sepenuhnya kepada wanita Grazia Chiuri kerana dia percaya pereka tersebut lebih dari mampu untuk merealisasikan visi yang Ferragni ada untuk dressnya yakni “saya inginkan sesuatu yang klasik dan abadi, bukan sahaja untuk meraikan perkahwinan saya malah untuk meraikan cinta. Saya suka mengatakan yang ‘Saya suka untuk bercinta.'”
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

