Loading media...

Unable to load content
GBC Love Wellness: Rambut Gugur Bukan Masalah Biasa, Ia Tanda Rambut Stress
Gaya Rambut Ponytail Ilham Selebriti
Prada Paradoxe Wangian Avant-Garde Wanita GLAM
7 Trend Kuku Holiday 2025 Boleh Anda Cuba!
5 Eyeshadow Palettes Untuk Bold Eye Makeup Yang Memukau
Home > Cantik > Wajah Baru MAC Viva Glam

Wajah Baru MAC Viva Glam

dimitrios-kambouris-wireimage

Sumber: Dimitrios Kambouris / WireImage

 

Memperkenalkan wajah baru koleksi MAC Viva Glam, pelakon Taraji P. Henson yang terkenal dengan wataknya sebagai Cookie Lyon dalam rancangan Empire! Pada awal tahun ini, beliau sudah berganding bahu bersama jenama persolekan gergasi ini dengan mengeluarkan sebuah koleksi kapsul minima.

 

 

mac-cosm

Sumber: MAC Cosmetics

 

Taraji, bersama Jussie Smollet yang memegang watak Jamal Lyon dalam rancangan yang sama dijadikan wajah baru kempen MAC Viva Glam. Desas-desus mengabarkan bahawa produk yang bakal dikeluarkan ialah sebuah gincu bewarna magenta lembut di sampling pengilat bibir berona sama. Kolaborasi mereka bakal ke tangan umum pada bulan Februari 2017.

 

mac-cosmetics

Sumber: MAC Cosmetics

 

Ini bukan kali pertama selebriti ternama menjadi wajah bagi kempen Viva Glam oleh MAC ini. Antara mereka yang telah membuahkan idea termasuklah Lady Gaga, Nicki Minaj, Miley Cyrus dan Arianna Grande. Kempen ini dijalankan khas bagi kebaikan kebajikan– 100% dari penjualan produk Viva Glam diberi kepada yayasan kebajikan MAC buat penyakit AIDS/HIV.

 

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah