Home > GLAM Lelaki > Wanita Idaman: Izara Aishah
Teks, Penyelaras & Penata Gaya: Ardi Idewani Zaini
Gambar: Ting
PERTUTURAN LEMBUT, WAJAH MANIS. COOL TENTANG APA SAHAJA YANG DIBICARAKAN. KELAKAR? SEMESTINYA. KAMI MENDEKATI IZARA AISHAH SECARA ‘UP CLOSE AND PERSONAL’ SEPANJANG HARI ITU.
Entah mengapa, ketika saya berbual dengan Izara Aishah dia asyik tersenyum. Ketawa kecil dan diselitkan dengan lawaknya. Ceria sahaja dia hari itu. She was so relax, no hanky panky and laid back. Saya seperti sudah mengagak karakternya itu, kerana beberapa hari sebelum mendapatkan Izara, saya menelefonnya. Suaranya cukup lembut. Bila sudah berjumpa depan-depan, memang benarlah personaliti itu ada. Datang bersendirian membawa barang yang banyak. “You need my help?” Tanya saya. “It’s okay. No worries,” balasnya. “Baru semalam saya mendengar Izara ditemu bual dalam radio. Pasal promosi filem Sejoli (ketika itu filem Sejoli baru keluar),” kata saya kepada Izara, sambil-sambil dia sibuk didandan. “Oh ya! Filem pertama saya. Haha! Baru sahaja selesai mempromosinya. Lakonan saya bersama Bront Palarae dan Maya Karin,” jawab Izara.
“Dapat juga kami bersama Izara,” kata saya sekali lagi. “Iyalah, tempoh hari saya tiada di sini. Ke Jakarta lah, ke Singapura lah… kebetulan, kan? Thanks for having me dear,” balasnya. Pada usia masih muda (22 tahun), Izara sudah menempa nama sejak dia mula-mula berjinak pada umurnya 18 tahun. Dia semakin hari semakin mendapat perhatian umum. Bukan sahaja kerana bakat yang seiring dengan wajah manis, namun presence nya punya aura. Tidak hairan mengapa begitu banyak tawaran juga beberapa jenama produk berlumba-lumba mahu menyuntingnya. Sehingga Izara diangkat sebagai ‘The Next It Girl.’
Ada banyak tawaran tahun ini?
Banyak juga. Filem kebanyakannya. Antaranya, Showdown The Movie, Pilot Cafe dan Bahlul. Sekarang ini juga sedang sibuk dengan pembikinan telefilem Toll Gate Asmara, juga arahan Osman Ali (pengarah filem Sejoli). Sekali lagi saya bekerja bersamanya.
Kamu mengutamakan kualiti atau ambil sahaja yang mana datang dahulu?
Saya ambil yang datang terlebih dahulu. Kemudian saya akan nilai sendiri dan fikirkan sebaik-baiknya, adakah tawaran itu benar-benar berbaloi?
Oh ya, saya perasan kamu buat semuanya sendirian sahaja. Malah datang ke studio juga tidak ditemani pengurus atau pembantu.
Saya memang suka bekerja sendiri. Saya adalah pelakon, saya juga ‘manager’ dan saya jugalah ‘pembantu’.
Apa inspirasi kamu untuk menjadi seorang pelakon?
Semuanya bermula daripada penglibatan saya dalam teater bersama Fauziah Nawi. Masa itu, ibu (Fauziah Nawi) melihat bakat berlakon saya dan dia menyarankan saya untuk teruskan karier dalam bidang ini. Itu yang menjana minat saya untuk terus mencuba dan syukur dengan kedudukan saya kini.
Dan saya tahu, kamu juga pandai menari?
Ya! I love dancing too! I actually started off as a dancer. Ketika saya masih belajar lagi sudah giat menari.
Kini, jika diberikan peluang untuk menari, masih mampu lagi?
Masih lagi dipraktikkan… haha! We’ll see. Malah teman saya juga pasti sudah hilang ‘rentak’ tariannya, kerana sudah lama tidak menari.
Oh?! You’re seeing someone now?
Oh! Ya! Kami sudah lama bersama. Semenjak sekolah lagi.
I’ll get back to you on that one. Anyway, kamu mesti pernah juga dikutuk atau orang berkata-kata tentang kamu. Iyalah, tempias setelah bergelar selebriti bukan?
Sudah tentu ada. Nak buat macam mana, jika ada mulut-mulut yang sukar ditutup. Karakter juga sifat manusia berbeza-beza, bukan? Ada yang suka, ada yang kurang suka. Tak boleh buat untuk mengubahnya. Yup, just be cool about it. Do not overthinking it or respond to negativity. The less you respond to them, the more peaceful your life will become.
Kembali tentang ‘teman’ kamu itu, apa yang membuat kamu tertarik dengannya?
Sepanjang mengenalinya, dia seorang yang sangat jujur dan baik hati dengan saya. Dia juga bertanggungjawab dan ini menambat hati saya. Dan saya dapat rasakan yang dia mampu membimbing saya di masa hadapan kelak.
Kamu mula mengenalinya ketika…?
Di salah sebuah pertandingan menari, itu pertama sekali bertemu.
Sudah terfikir tentang alam perkahwinan?
Haha! Belum lagi. Tetapi, mungkin akan terjadi kelak. Kita sendiri tidak tahu, kan? Jika sudah berkahwin nanti mungkin tiba masa untuk saya fokuskan kepada kehidupan berkeluarga sepenuhnya.
Bercakap tentang lelaki, kamu mementingkan rupa kacak atau personaliti?
Personaliti! Saya tidak memandang rupa semata-mata. Sifat peribadi yang penting.
Dalam perkataan kamu sendiri, lelaki adalah…
‘Penipu’! Mereka sanggup menipu dalam bab menjaga hati orang lain. Well, not all…
Sebelum ini, kamu pernah memiliki ciri-ciri lelaki yang menjadi impian kamu?
Dahulu saya sukakan lelaki yang fizikalnya iras-iras Hugh Jackman. Manly, rough looking and tough. But ya, that was back then. Sebelum mengenali teman saya.
Apa lagi contoh lelaki yang kamu rasakan ‘a major turn off’?
Saya tidak tahan jika ada lelaki yang terlalu ‘vain’ dan rasakan dirinya ‘hot’. My goodness, can’t stand guys like this.
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM Lelaki edisi April 2014
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Senarai Pemenang GLAM Lelaki – JULAI 2016
BY Fatin Atiqah
Aug 15, 2016
GLAM LELAKI PROMOSI – OGOS 2016
BY Fatin Atiqah
Aug 01, 2016
Manchester United x TAG Heuer
BY aziz draim
Jul 29, 2016
Inspirasi fotografi bersama HUAWEI P9 & Raja ...
BY aziz draim
Jul 12, 2016
camel active Memperkenalkan Koleksi Denim Story
BY nur sofea
Jul 04, 2016
Senarai Pemenang GLAM Lelaki – JUN 2016
BY Fatin Atiqah
Jul 04, 2016
Percayakah anda gambar-gambar ini dirakam dengan k...
BY aziz draim
Jul 01, 2016
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
