Warna Rambut bersama Schwarzkopf Professional
Sudah tiba masanya untuk menukar gaya rambut, GLAM dijemput Schwarzkopf Professional untuk mencuba rambut rona pink sebagai gaya baru bulan ini!
Pengalaman mewarna rambut di salon H Art Signature yang terletak di Plaza Damas adalah amat memuaskan. Walaupun kami hadir dengan rambut serba hitam, belum pernah diluntur sekalipun sebelum ini, hasil warna yang kami cuba ini cukup memberangsangkan dan seperti apa yang kami bayangkan. Memandangkan kini rona-rona seperti oren, ungu, fuchsia dan pastel masih menjadi pilihan peminat kecantikan hari ini, kami mengambil keputusan untuk mencuba rona trendy, merah jambu terang. Untuk mendapat hasil warna rambut merah jambu optima, kami disarankan untuk meluntur terlebih dahulu. Rambut kami yang serba hitam pekat telah diluntur sebanyak dua kali untuk mendapatkan rona luntur paling sempurna agar proses mewarna berjalan lancar dan cantik.
Colorist di salon H Art Signature ini menggunakan gabungan dua tiub warna iaitu Pastelfier juga kod 7-982 daripada koleksi Schwarzkopf Professional IGORA untuk mencapai rona yang diimpikan. Usai mewarna, servis ini disudahi dengan rutin serum untuk kulit kepala.
Rambut yang diwarna bukan mudah untuk dijaga. Ia memerlukan penjagaan yang rapi bagi memastikan warna kekal lama pada rambut. Penggunaan syampu yang dikhaskan untuk rambut berwarna adalah amat penting. Selain itu, perapi dan booster tambahan amat membantu mengekalkan kelembutan rambut terutama sekali buat yang memiliki rambut yang telah diluntur. Amalkan juga penggunaan mask setiap minggu untuk supplement tambahan buat rambut berwarna anda.
Hasil penjagaan rambut warna dengan betul mampu membuatkan rambut kekal cantik berminggu-minggu.
https://www.instagram.com/p/ClB07xtyHdW/
Usaha kemampanan dan Kelestarian
Schwarzkopf Professional amat mengutamakan usaha kemampanan dan kelestarian global. Ini dapat dilihat menerusi rekaan semula pembungkusan IGORA di mana tiub produk ini dicipta melalui material aluminium yang dikitar semula 100 peratus. Manakala penutup produk ini pula dihasilkan daripada material plastik yang dikitar semula secara 100 peratus. Begitu juga dengan pembungkus produknya yang digunakan daripada material kertas yang turut dikitar semula. Kunjungi H Art Signature di Plaza Damas, F-0-12 Block F, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur. Pautan Berkaitan: Haruman Paling Emosi CartierSee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
