Warna Seksi Musim Bunga/Panas
Minggu fesyen adalah minggu sibuk buat editor. Instagram feed ternyata dipenuhi dengan pelbagai rekaan fesyen, produk solekan, penampilan kecantikan, dan trend terbaru. Sempena musim bunga/panas ini, satu warna yang benar-benar menarik perhatian ramai, adalah jingga. Ramai selebriti, model, mahupun sesiapa sahaja telah memilih atau menggunakan warna tersebut sebagai salah satu rona yang melengkapi penampilan secara menyeluruh. Begitu juga sebagai penambahan pada solekan, warna jingga dilihat menerusi pembayang mata lebih menonjol, pemerah pipi dengan rona warm coral, lipstik ala tangerine, atau bronzer hangat, dan pelbagai lagi. Selebriti utama seperti Rihanna, Christy Teigen, Kendall Jenner, dan Priyanka Chopra semuanya menonjolkan warna terang membuatkan ramai teruja untuk mula memakai warna yang agak berani itu. Lihat bagaimana mereka menggayakan warna jingga sebagai denotasi berani, dengan energi yang kuat namun masih feminin.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026
