Pakej Istimewa Hari Persandingan Di ‘Kahwin je Lah’ Oleh Sunway Putra Hotel
GLAM Wedding: Rakyat Jelata Raikan Akad Nikah Tengku Muhammad & Tengku Natasya
GLAM Weddings: Keindahan Majlis Pertunangan Wanna & Khairil Amri
Perjalanan Cinta Julie Anne Kang dan Fadlan Hazim
GLAM Weddings: Nina Sabrina Ismail Berseri Dalam Busana Haute Couture by Rizalman
Home > GLAM Plus > GLAM Weddings > 5 Kunci Rahsia Hilangkan Stress Ratu Sehari

5 Kunci Rahsia Hilangkan Stress Ratu Sehari

Oleh YUSAIRI FITRI  

weddingGAMBAR LEON BIN YEE

  Usah mengeluh wahai ratu sehari, sempena meraikan alam perkahwinan, GLAM  tampil dengan lima seleksi makanan yang boleh mengurangkan stress anda!   1. Ice-cream Mengandungi amino tryptophan yang dapat menenangkan otak, ia juga dapat dilihat sebagai makanan yang mampu memberikan rasa ceria dan lebih bertenaga. Bukan hanya tertarik dengan campuran warna serta dekorasi menarik, malah rasa manis malah mampu meningkatkan tahap kecerdasan diri.   2. Coklat Kandungan serotonin yang ada di dalam coklat membantu untuk menurunkan rasa stress dan menghilangkan rasa ketegangan otak. Rasa manis ditambah dengan campuran hazelnut, pasti menggiurkan tetapi ingat kawal pengambilannya.   3. Kacang Almond Kacang badam dipercayai dapat mengurangkan kadar stres anda. Diperkaya dengan vitamin E, B2, magnesium dan zink, ia dapat menghilangkan tekanan pada otak. Amalkan cara pengambilan 1/3 cawan yang bersamaan 306 kalori.   4. Asparagus Pengambilan asparagus dapat menghilangkan tekanan kerana ia mengandungi Vitamin B serta asid folik yang mampu menstabilkan emosi anda serta membantu untuk mewujudkan rasa tenang dan gembira.   5. Daging Daging adalah antara makanan terbaik untuk dijadikan sebagai terapi mengurangkan stres. Ia mengandungi zink, zat besi dan vitamin B yang sememangnya penting dalam mengawal emosi anda.