Trend – Perincian Wainscoting Pada Dinding Ruang Kediaman
Kediaman – Monokrom Scandinavian
Panduan Menjaga Kertas Dinding
Melania Bakal Memberikan Wajah Baru White House
Ilham – Ubah Gaya Di Ruang Kediaman
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > 5 Langkah Mudah Kamar Mandi Tanpa Cela

5 Langkah Mudah Kamar Mandi Tanpa Cela

LOOP_MY_ART_COUNTRY2_00A2_0902_Villeroy and BoschVilleroy & Boch

Hapus Sisa Sabun Sisa sabun terkumpul punca pertumbuhan kulat dan bakteria. Jika tiada aktiviti pembersihan, tompokan hitam boleh menjadi sisa degil! Gunakan pancuran mandi bagi membersihkan sisa sabun sejurus selesai mandi. Bersihkan tirai kamar mandi apabila tompokan hitam mula kelihatan.

Delos3Siri Delos daripada Duravit

Rak Hadapi kenyataan bahawa anda tidak mungkin menggunakan produk mandian bersaiz mini. Antara pelaburan berbaloi tentunya unit rak. Anda boleh menyusun atur semua produk mandian dan kecantikan mengikut skala penggunaa di sini. Pilih rak jaringan atau berlubang dan berpintu bagi mengelakkan air bertakung.

0105532_PE252925_S5Rekaan caddies daripada IKEA

Aksesori Rak atau Kaunter Aksesori caddies adalah pilihan tepat! Caddies boleh digantung di atas rak tandas atau bawah singki. Kaunter sinki hanya boleh ditinggalkan sabun tangan wangi antibakteria. Pencuci Mangkuk Tandas Kunci penjagaan tandas adalah memastikan bahagian mangkuk tandas bersih. Langkah mudah dan praktikal, pasangkan pencuci mangkuk tandas untuk pembersihan berterusan tanpa sebarang usaha. Ini membantu meringankan beban apabila mencuci tandas berkala.

bisazza-bagno-the-hayon-collection-14Koleksi Hayon, Bisazza Bagno

Refleksi Sempurna Aktiviti wajib di kamar mandi tentunya membelek wajah muka dan gigi. Pastikan anda membersihkan sisa kotoran yang terpercik di sekitar cermin sebaik selesai aktiviti memicit jerawat dan memberus gigi. Cermin yang bersih adalah titik tumpuan dan cara paling efektif untuk membuatkan kamar mandi kelihatan segar bersinar.