5 Punca Pusat Berdaki Dan Berbau Yang Anda Perlu Tahu
Ew! Pusat berbau busuk dan masam! Mesti anda semua tertanya-tanya bagaimana pusat boleh berbau dan apa puncanya. GLAM kongsikan 5 punca pusat berdaki dan berbau perlu anda tahu.
Untuk pengetahuan anda, pusat yang terletak di bahagian tengah perut adalah merupakan kawasan bekas tali pusat semasa dalam kandungan. Tali pusat digunakan sebagai saluran untuk mendapatkan nutrisi. Selepas bayi lahir, ia akan dibuang lalu meninggalkan kawasan berlubang yakni dipanggil pusat.
Walaubagaimanapun, pusat merupakan bahagian tubuh yang seringkali dilupakan oleh manusia. Ianya sama seperti bahagian kulit yang lain. Namun, disebabkan posisi pusat yang lebih termasuk ke dalam, sel kulit mati mudah berkumpul bersama peluh, kekotoran, daki dan juga bakteria lain.
Pusat berbau adalah disebabkan daripada penjagaan diri yang tidak sempurna. Jika anda selalu mengabaikan kawasan pusat dalam masa yang lama, sudah tentu segala daki, kotoran, peluh, bakteria dan sel kulit mati akan menimbulkan bau yang pelik dan tidak menyenangkan.
Jadi untuk mengelakkan benda ini berlaku, semasa mandi anda perlu membersihkan sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi kepada individu yang mempunyai rupa bentuk pusat yang lebih ‘dalam’ dan berlapis-lapis.
Tindik pada pusat juga salah satu punca utama yang menyebabkan pusat berbau. Jika anda mempunyai tindik dan mengalami infeksi seperti kemerahan dan bengkak, rasa sakit atau keluar cairah nanah, ia boleh mengeluarkan bau yang pelik dan tidak menyenangkan.
Jika anda kerap bersenam atau mudah berpeluh, pusat mungkin akan mengeluarkan bau yang busuk dan masam. Tetapi anda perlu risau kerana semua orang berpeluh dan ia adalah proses semula jadi badan. Oleh itu, tidak hairanlah jika pusat anda berbau selepas bersenam. Namun dengan menjaga kebersihan yang baik seperti membersihkannya semasa mandi, anda dapat mengatasi masalah pusat yang berbau.
5 Punca Pusat Berdaki Dan Berbau Busuk
Menurut pakar, pusat yang berbau bukanlah masalah yang serius namun jika baunya terlalu kuat dan menyengat kemungkinan pusat anda boleh dijangkiti bakteria.1. Tidak Menjaga Kebersihan Diri
Pusat berbau adalah disebabkan daripada penjagaan diri yang tidak sempurna. Jika anda selalu mengabaikan kawasan pusat dalam masa yang lama, sudah tentu segala daki, kotoran, peluh, bakteria dan sel kulit mati akan menimbulkan bau yang pelik dan tidak menyenangkan.
Jadi untuk mengelakkan benda ini berlaku, semasa mandi anda perlu membersihkan sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi kepada individu yang mempunyai rupa bentuk pusat yang lebih ‘dalam’ dan berlapis-lapis.
2. Kista
Kista adalah benjolan kecil yang tidak berbahaya dan tidak akan rasa sakit jika tidak mempunyai jangkitan. Epidermoid, pilar, dan sebasea adalah jenis kista yang boleh tumbuh di pusat dan berisiko untuk berlakunya jangkitan. Jika kista membesar dan pecah, ia akan mengeluarkan cairan tebal serta pusat akan berbau busuk. Jika ketiga kista ini sudah mengalami jangkitan, ia akan berubah menjadi kemerahan, gatal, dan terasa pedih apabila disentuh. Peradangan yang terjadi pada kista menyebabkan nanah dengan bau yang cukup menyengat3. Pusat bertindik
Tindik pada pusat juga salah satu punca utama yang menyebabkan pusat berbau. Jika anda mempunyai tindik dan mengalami infeksi seperti kemerahan dan bengkak, rasa sakit atau keluar cairah nanah, ia boleh mengeluarkan bau yang pelik dan tidak menyenangkan.
4. Jangkitan yis
Jangkitan yis sentiasa dikaitkan dengan kawasan sulit, jangan terkejut pusat anda juga berisiko untuk mendapat penyakit kulat! Terdapat sejenis yis yang suka tinggal di tempat yang lembap, gelap dan hangat dan dalam kes ini pusat sememangnya bahagian badan yang berisiko terkena jangkitan. Yis itu dipanggil sebagai Candida yang bukan sahaja terdapat di pusat namun ia juga boleh berada di alat sulit jika tidak menjaga kebersihan.5. Peluh
Jika anda kerap bersenam atau mudah berpeluh, pusat mungkin akan mengeluarkan bau yang busuk dan masam. Tetapi anda perlu risau kerana semua orang berpeluh dan ia adalah proses semula jadi badan. Oleh itu, tidak hairanlah jika pusat anda berbau selepas bersenam. Namun dengan menjaga kebersihan yang baik seperti membersihkannya semasa mandi, anda dapat mengatasi masalah pusat yang berbau.
Jangan sesekali mengabaikan kawasan pusat dan perlulah membersihkannya ketika mandi. Rajinkan diri anda untuk membersihkan kawasan tersebut sebelum ia mendatangkan mudarat pada masa yang akan datang.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
