Ini 7 Solekan Ideal Untuk Majlis Black Tie Pilihan GLAM!
Bercakap mengenai majlis bertemakan Black Tie, ia bukan sahaja memberi fokus kepada dress code, solekan di wajah juga perlu perlu diberi perhatian. Mari lihat 7 solekan ideal pilihan GLAM untuk digayakan ke majlis Black Tie.
Untuk menggayakan solekan majlis Black Tie sebenarnya tidaklah terlalu rumit dan anda boleh tampil glamor tanpa mengeluarkan belanja terlalu mahal pada servis mekap. Tiada salahnya jika anda ingin menggayakan solekan simple seperti dengan hanya menggayakan glos bibir, maskara serta gincu tebal kegemaran anda.
Memetik temubual jurusolek, Claudia Betancur, bersama Byrdie,
“Pentingnya dalam mencapai solekan sempurna adalah dengan menghasilkan solekan yang tidak tebal dan melampau. Saya juga sukakan penampilan elegan yang mampu menyerlahkan ciri seseorang yang mana ia boleh dicapai melalui highlight dan pembayang. Jika memilih untuk memfokus pada solekan kening, kita boleh menyerlahkan bibir, atau jika mata yang menjadi tumpuan, selebihnya boleh dirias secara semula jadi.”
Gambar : Google
7 Solekan Untuk Ke Majlis Black Tie Yang Menjadi Pilihan GLAM
Jika anda masih buntu untuk memilih solekan apa yang sesuai untuk anda gayakan, jangan risau, kami kongsikan 7 gaya mekap paling ideal untuk anda cuba buat majlis bertemakan Black Tie ini.1. Solekan nude
Gambar: Huda Beauty
Kami sangat menyarankan look ini jika anda mahukan gaya keanggunan yang klasik bertemakan rona palet nude. Pilih untuk bermain dengan solekan mata dalam rona natural smokey. Sebagai contoh, gunakan pembayang mata rona nude dan krim bersama layangan penggaris mata hitam dan maskara. Selain itu, konturkan bahagian rahang wajah dan tulang pipi dengan bronzer dan lapiskan gincu bibir rona nude merah jambu. Kami sarankan untuk anda mencuba solekan ini jika anda menggayakan busana rona putih, merah, hitam, nude juga merah jambu.2. Solekan bold and bright!
Gambar: Google
Jika anda mahukan sesuatu yang lebih memukau, kami cadangkan untuk anda memberi fokus pada solekan bibir. Rona bibir bold dan bright boleh dipadankan bersama solekan mata yang minimal. Ini bagi mengelakkan keseluruhan look anda pada malam itu kelihatan berlebihan. Solekan ini amat sesuai untuk anda yang memilih untuk menggayakan busana rona hitam. *Bibir rona merah, dapat mengenakan nada yang serius untuk all the right kinds of drama!*3. Solekan nude glossy
Gambar: Google
4. Shades of Pink
Gambar: Google
Jika anda lebih sukakan keanggunan yang lebih lembut, anda boleh mencuba solekan merah jambu untuk kelihatan feminin lagi romantis. Gunakan palet rose gold bersama shimmer di mata dan meletakkan pembayang pipi yang dramatik. Jangan lupa juga layangkan gincu jenis glos pada bibir.
5. Brown & Sensual
Gambar: Google
6. Structured Eyeliner
Gambar: Google
“Untuk tona kulit jenis olive, pembayang pipi rona koral yang berkilau boleh menjadi tumpuan utama. Dilengkapi dengan pembayang mata yang hangat dan maskara bersama bibir peach yang lutsinar,” kata Betancur. Pastikan anda menggunakan celak tahan lama untuk hasil solekan yang lebih berstruktur dan tidak comot. Bukan itu sahaja, tambahkan pembayang pipi jenis creamy untuk dapatkan efek solekan yang dewy.7. Peachy
Gambar : Google
Solekan peach boleh menjadi sebagai satu solekan rona merah jambu yang baharu. Pada kami, gaya solekan ini amat sesuai digayakan buat anda yang memilih untuk menyarung busana glamor rona hitam. Daripada tatarias yang soft dan pastel buat pembayang mata kepada bibir yang dioles gincu glos, solekan tema peachy ini sangat sesuai buat anda yang ingin kelihatan natural tetapi masih tampak glamor.Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
