5 Tips Kecantikan Dari Selebriti Korea Selatan
Tips kecantikan dari selebriti yang sudah berada di dalam industri cukup lama boleh diambil kira untuk diri sendiri mencuba.
Selebriti Korea Selatan sering kali dibanjiri pujian dengan kulit mereka yang mulus dan cantik. Dari produk penjagaan kulit hingga tips-tips kecantikan dari selebriti mereka, kebanyakkannya boleh diikuti oleh kita yang berkulit Asia ini. GLAM akan berkongsi lima tips kecantikan dari selebriti Korea Selatan!
Artikel Berkaitan: Song Hye-kyo Sebagai Wajah Asia Pertama Guerlain
#1 Ice My Face – Jennie
Sebagai seorang yang tidak mempunyai masalah untuk muncul di televisyen tanpa solekan, Jennie salah seorang yang mempunyai kulit penuh seri. Salah satu tips kecantikan dari It Girl Jennie ialah untuk merendam muka ke dalam ais dan air sejuk sebelum bersiap ke acara penting. Kaedah kecantikan ini akan mengecilkan pori serta mengurangkan kemerahan. Selain itu, kaedah ini juga memberikan kilauan semula jadi pada kulit anda.#2 Tujuh Lapisan Toner – I.N & Go Yoon-jung
Bukan sahaja selebriti wanita yang mengambil berat tentang penjagaan kulit. I.N dari Stray Kids merupakan ahli dengan kulit paling cantik dalam kumpulan itu. Tips kecantikan yang sama dari I.N juga dikongsi oleh pelakon Go Yoon-jung. Cara mereka untuk mendapatkan kulit yang berseri ialah dengan menggunakan toner sebanyak tujuh lapisan. Pemilihan toner yang betul dan sesuai dengan kulit sangat penting untuk kaedah ini. Tips ini akan memberi penghidratan yang tinggi untuk kulit anda.
#3 Rutin Cucian 424 – Bae Suzy
Pelakon dan bekas ahli kumpulan Miss A ini mencipta kaedah penyuciannya sendiri yang dikongsi bersama peminat. Rutin cucian 424 Suzy merangkumi 4 minit menyapu cleansing oil ke muka, 2 minit mengurut muka menggunakan pembersih wajah serta 4 minit mencuci muka dengan air. Tips kecantikan ini bakal menghapuskan sebarang solekan dan habuk di permukaan kulit anda, mengurangkan penumbuhan jerawat.
#4 Teknik Pelembab Unik – Taeyeon
Sebagai seseorang yang memiliki kulit kering, Taeyeon sentiasa mengingatkan tentang pentingnya pelembab wajah. Tips kecantikan untuk kulit kering dari Taeyeon ialah untuk menggunakan pelembab wajah selepas mencuci muka, tanpa mengeringkan muka terlebih dahulu. Dermatologi setuju dengan tips ini, menyatakan bahawa kaedah ini akan memberikan hidrasi yang cukup tinggi untuk kulit kering.
#5 Masker Madu Istimewa – Song Hye-kyo
Pelakon wanita paling cantik di Korea Selatan, Song Hye-kyo pernah berkongsi resipi masker istimewa buatannya sendiri sebagai tips kecantikannya. Kisar telur putih bersama satu sudu madu lalu diletakkan di muka hingga kering. Resipi ini dikatakan mampu mencerahkan wajah serta mengurangkan kedutan. Rutin istimewa Hye-kyo kemudian dilengkapkan dengan menyapu susu suam ke atas mukanya untuk menghapuskan sel kulit mati.
Artikel Berkaitan: Song Hye-kyo Sebagai Wajah Asia Pertama Guerlain
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
