6 Gincu Tona Beri Untuk Musim Sejuk Pilihan GLAM
Tona beri akan memberi sentuhan yang lebih elegan dan sofistikasi, sesuai untuk suasana musim sejuk yang lebih gelap dan dingin.
Musim sejuk telah tiba dan inilah masanyauntuk mencuba gaya solekan yang baru. Salah satu cara terbaik untuk mengubah gaya solekan anda semasa cuaca sejuk adalah dengan memilih gincu dalam tona beri. Tona beri, yang merangkumi pelbagai warna seperti merah ceri, ungu mewah, dan burgundy gelap danbanyak lagi. Ia bukan sahaja memberikan penampilan yang dramatik tetapi juga menambahkan elemen kehangatan pada wajah anda.
Dari rona merah yang berani hingga ungu tua yang penuh misteri, setiap pilihan ini sesuai untuk pelbagai acara. Sama ada majlis formal, pertemuan kasual, atau sekadar penampilan harian yang lebih elegan. Setiap gincu dijamin memberikan bibir yang penuh warna, lembut, dan terhidrasi sepanjang hari, membolehkan anda tampil yakin dan menawan. Inilah masanya untuk mengubah gaya solekan anda dengan 6 pilihan gincu tona beri yang dijamin memukau dari GLAM!
#1 Laura Mercier Caviar Matte Lipstick – 510 Mulberry Moire
Caviar Smoothing Matte Lipstick dari Laura Mercier memberi penghidratan untuk bibir selama 16 jam. Dengan satu sapuan, ia memberikan warna yang penuh impak dan liputan penuh yang kekal tanpa perlu dibaiki. Selain itu, gincu ini juga mempunyai aroma mewah vanila ros yang menggoda. Rona Mulberry Moire memberikan tona beri yang sempurna untuk digunakan ketika musim sejuk.
#2 Pat McGrath Labs Lip Fetish Divinyl Lip Shine – Belle Amour
Bibir berkilau akan sentiasa menjadi kegemaran pencinta kecantikan. Pat McGrath Labs Lip Fetish Divinyl Lip Shine memberi pigmen seperti gincu, tekstur seperti salap bibir dan kilauan seperti pengilat bibir. Didatangi dengan 8 rona berbeza, rona Belle Amour menjadi pilihan kami kerana tona beri yang tidak terlalu menonjol, memberikan rona yang sempurna di bibir untuk musim sejuk.
#3 Fenty Beauty Stunna Lip Paint Longwear – Deep Burgundy
Rihanna telah mencipta rangkaian 7 warna menarik perhatian yang kelihatan menakjubkan pada semua orang. Pigmen pusam yang tahan lama ini begitu ringan, seolah-olah tidak memakai apa-apa produk. Aplikatornya memudahkan anda membentuk dan mengisi bibir hanya dengan satu sapuan. Gincu cecair yang ringan dan tahan lama ini mempunyai kemasan pusam lembut, dihasilkan dalam pelbagai warna menarik yang kelihatan hebat pada semua jenis tona kulit. Untuk musim sejuk, GLAM memilih rona Deep Burgundy sebagai tona beri yang bakal menaikkan seri anda!
#4 Dior Addict Lip Glow – Berry
Salap bibir ikonik dari Dior telah dicipta semula dengan formula yang terdiri daripada 97% bahan semulajadi. Diperkuat dengan minyak ceri, mentega shea, dan lilin sayuran, lip balm ini melapisi kulit dengan perlindungan lembut dan memberikan jumlah penjagaan bibir yang tepat. Dengan 18 pilihan warna serta bekas yang menarik, Dior Addict Lip Glow mampu melembabkan bibir anda ketika musim sejuk, sambil menaikkan seri wajah. Rona Berry menjadi pilihan utama untuk digayakan dengan pakaian musim sejuk anda.
#5 YSL Loveshine – Raspberry Shine
Gincu dari YSL ini memberi kelembapan pada bibir anda dengan penghidratan selama 24 jam. Tersedia dengan 11 warna menggoda, anda boleh mendapatkan bibir yang berkilau dengan warna yang menepati tona kulit anda. Bibir terasa terhidrat, berkhasiat, dan dilindungi.Formula penjagaan yang diperkaya dengan pulpa buah ara dari Taman Komuniti Ourika dan 6 minyak murni yang menyuburkan untuk bibir yang kelihatan lebih lembut dan sihat. Rona Raspberry Shine akan memberikan tona beri yang sempurna untuk bibir kelihatan segar ketika musim sejuk.
#6 Bobbi Brown Extra Plump Lip Serum – Bare Plum
Tingkatkan gaya solekan dengan serum bibir pelembap kegemaran ramai ini. Extra Plump Lip Serum dari Bobbi Brown memberikan penghidratan selama 24 jam. Ia juga memberi kesan plumping segera dan meningkatkan definisi bibir. Minyak botani yang menyuburkan memberikan kilauan berair yang tidak melekit dan bertahan sepanjang hari. Tersedia dalam warna Bare Plum dan Bare Strawberry yang baharu, Bare Plum menjadi pilihan kami untuk musim sejuk!
Pautan Berkaitan: Trend Kecantikan: Gincu Pusam Kembali Popular!
Pautan Berkaitan: Trend Kecantikan: Gincu Pusam Kembali Popular!
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
