Loading media...

Unable to load content
Sleek On Fleek At BAFTA Awards 2020
7 Advent Calendar Paling Laris 2022!
Kylie Jenner Mengumumkan Kolaborasi Kim Kardashian West x Kylie Cosmetics
Sembang Cantik Bersama Thibaud Crivelli, Pengasas Maison Crivelli
Dyson Airstrait™ Straightener Kini Di Malaysia
Home > Cantik > “Mahkota” Kurang Konvensional Cara Delevigne!

“Mahkota” Kurang Konvensional Cara Delevigne!

 

Ia bukan lagi kejutan bahawa model kelahiran Britain, Cara Delevigne, sering menukar gayanya dengan setiap outfit yang dikenakan. Buat tayangan perdana Valerian and the City of a Thousand Planets di London hari Isnin lalu, beliau telah menggayakan stail rambut yang kurang konservatif — rambut gaya potongan pixie platinum bersama bangs!

 

Model berusia 24 tahun itu memuat naik foto di laman Instagramnya bersama kapsyen, “I am so lucky to work with such talented artists. You constantly surprise me and make everything better“, berkata tentang jurusolek Molly Stern dan pendandan beliau, Mara Roszak. 

 

 

Model tersebut telah menggayakan look pixie ini sejak bulan April apabila beliau bertindak untuk “membuang” mahkotanya bagi memainkan sebuah watak dalam filem Life in a Year. Namun demikian, gaya edgy itu sangat kontra dengan watak Cara dalam filem Valerian and the City of a Thousand Planets,  di mana beliau mengenakan rambut ikal mayang panjang.

 

Filem yang dinanti-nantikan ramai ini yurut dibintangi Rihanna, Clive Owen dan Ethan Hawke.