Loading media...

Unable to load content
Ini Kesan Kulit Setelah Seronok Berjemur Musim Panas
Transformasi Terbaru Kendall Jenner Dari Brunette Ke Blonde Mencuri Perhatian
Diari Cantik Bersama Angel
5 Gaya Rambut Pendek Pilihan GLAM Tahun 2023
Dior Addict Pilihan Terbaik Lipstik GLAM
Home > Cantik > Kit Pembayang Mata Dari Angkasa Lepas Oleh Pat McGrath

Kit Pembayang Mata Dari Angkasa Lepas Oleh Pat McGrath

A post shared by Pat McGrath (@patmcgrathreal) on

Baru sahaja jurusolek lagenda Pat McGrath mengumumkan kerjasamanya bersama Selena Gomez x Coach, dia sudah pun mengumumkan satu koleksi baru yang pasti menjadi kegilaan ramai dengan pelancaran DARK STAR 006 pada 11 April ini.

 

Selepas McGrath memperkenalkan gaya solekan pembayang mata biru terang dan juga smoky eyes semasa Minggu Fesyen F/W baru-baru ini dengan kapsyen berbunyi “Coming Soon from Pat McGrath Labs…..” ramai sudah memikirkan estetik produk yang bakal dikeluarkan oleh McGrath.

 

Kit pembayang mata yang bertemakan angkasa lepas ini juga terdiri daripada 3 kit yang berbeza: UltraViolet Blue, UltraSuede Brown, dan Dark Matter.

 

“Kit DARK STAR 006 ini berkenaan dengan kegelapan yang tidak terhingga di angkasa lepas,” terang McGrath dalam satu kenyataan.

 
[envira-gallery id=”63895″]

Setiap kit ini terdiri daripada pigmen berwarna-warni Astral White, pigmen perak berkilauan Mercury, pigmen hitam Dark Matter, kohl mata SmudgeLiner, Blender Brush dan juga gloss mata Cyber Clear untuk harga $95 bagi kit Dark Matter sahaja.