Kolaborasi Terbaru Edisi Terhad Tiffany & Co. Ibarat Seni
Koleksi Sepatu Zac Posen Bakal Digilai Gadis Fesyen
Pavilion Pitstop Fashion Beats
Koleksi Terkini H&M Innovation Stories, Semak 8 Gaya Personaliti Fesyen dalam Koleksi Tersebut
The Row Milik Mary-Kate & Ashley Olsen Dinilai Sebanyak $1 Bilion

7 Gaya Berpasangan Terbaik Keanu Reeves & Alexandra Grant

Pasangan pujaan, Keanu Reeves dan Alexandra Grant jarang membuat penampilan umum bersama. Bagaimanapun apabila muncul di khalayak ramai, mereka sentiasa kelihatan bergaya.

Keanu Reeves sering dirakam menyarung sut rona gelap yang dipadankan bersama kasut but, manakala teman wanitanya pula gemar menggayakan gaun labuh. Baru-baru ini pasangan itu menayang aksi mesra ketika membuat penampilan di Contemporary Art Gala di Los Angeles. Pasangan kegemaran netizen ini dilihat bercukupan di karpet merah, sekali gus membuatkan hadirin teruja.

Glam kongsikan beberapa momen fesyen Keanu Reeves dan Alexandra Grant sebagai pasangan kekasih setakat ini.

7 of 7Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Moca Gala, April 2023

Bagaimanapun momen fesyen terbaik mereka sebagai pasangan adalah pada dua minggu lalu. Keanu Reeves dan Alexandra Grant menghadiri Moca Gala 2023 bersama pada 15 April lalu dan dirakam berkucupan di karpet merah. Artis berusia 50 tahun itu menyerlah dalam gaun halter merah motif flora. Keanu Reeves pula tampil ringkas dalam sut biru, tali leher jalur dan but rona kegemarannya, coklat.
Alexandra Grant Keanu Reeves

Foto: Getty Images

  Foto: Getty Images Baca: Gaya Olivia Rodrigo, Pencetus Inspirasi Fesyen Gen Z!
7 of 7Next
Use your ← → (arrow) keys to browse