Protected: Alami Gigi Putih Berseri Dengan Colgate Optic White FlexLight LED Kit
Sensual Wangian Hermès Barénia Eau De Parfum
Aroma Tenang Armani Privé IRIS BLEU
Gaya Drastik Winnie Harlow
Riasan Wajah Dengan Suntikan Extreme Dari Koleksi Terbaru Nars
Home > Cantik > Tips and Tricks!

Tips and Tricks!

Beyond Fashion Costume Institute Gala at the Metropolitan Museum of ArtGambar: TPGVIP

  Kening sering dilepas pandang semasa rutin solekan kerana ciri periferal dan dianggap tidak penting. Namun sebenarnya, kening adalah ciri yang paling penting pada wajah kerana ia boleh menyerlah dengan beberapa tip solekan pakar solek. Kening yang bersifat over-done boleh kelihatan palsu dan statik tapi kening yang diukir sempurna boleh menaikkan raut wajah anda. Does this spark an idea?   1. Get A Good Start Bayangkan bentuk kening anda sebelum anda bermula. Bahagian depan kening perlu sebaris dengan bahagian atas hidung.   2. Beri Garis Panduan Warnakan kening anda sebelum mencabutnya. This way, you won’t overdo it. Condongkan pensel serenjang di hadapan kening, pusingkan ke tepi lekuk untuk titik garis nipis di penghujung. Ekor kening perlu kurang dan tidak melebihi sudut mata.   3. Berus Ke Atas Selepas melukis bentuk kening idaman, gunakan berus spoolie dan sisir kening ke atas untuk mencipta volume.   4. Tutup Jurang Dengan menggunakan penggaris bawah mata, tambah pigmen dalam kawasan di antara lekuk depan dan dalam. Pilih pengaris kening berstruktur serbuk, dengan jumlah minimum lilin supaya melekat dan kemas.   5. Trim Lebihan Kening Anda pasti tidak mahu menipiskan kening melainkan anda benar-benar perlu bukan? Selepas mencipta alis kening yang didambakan, periksa lebihan bulu yang tinggal. Jika perlu gunakan berus spoolie sikat ke atas ke arah dahi. Gunting dengan berhati-hati.   6. Ikuti Langkah Pertama Sebelum beralih kepada kening kedua, pastikan kening pertama tadi diisi dan diukir mengikut lakaran idaman anda. Baiki lekukan dan isi ruang yang makin pudar.   7. Efek Cermin Ulang teknik yang sama untuk kening kedua dan ingat untuk gaya simetri, pastikan lekukan atas berada pada titik yang sama.   8. Sedikit Bedak Sebaik sahaja anda selesai, dabkan bedak lut cahaya untuk set alis kening. Ini membantu serapan minyak semula jadi pada kulit anda dan kening tampil kemas.