Sajian – Resipi Pasta Pepperoni Daging dan Tomato Berkrim
Sejenak – Pilihan Perhiasan Atas Talian
GLAM DEKO Ogos/Sep 2014
Homedec 2018 Kembali!
Transformasi Dapur Praktikal
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Resipi Rendang Rembau Mali-Mali dari Datuk Chef Ismail

Resipi Rendang Rembau Mali-Mali dari Datuk Chef Ismail

Chef Ismail Datuk Chef Ismail “Anda tidak akan menemui hidangan turun-temurun keluarga saya, Rendang Pucuk Mali-Mali di mana jua pelusuk, Negeri Sembilan melainkan hanya di kampung saya, Kampung Chengkau Ulu,”   ONE_0337 RENDANG REMBAU MALI-MALI   Bahan-bahan   1.5 kg ayam dipotong 16 (seeloknya ayam tua, dibelah belakang dan disalai) 1 ½ kg santan 30 helai pucuk daun mali-mali 2 sudu teh serbuk kunyit 3 batang serai diketuk 60 gm cili boh Garam kasar secukup rasa   Bahan Kisar   200 gm cili padi kampung 4 -5 sm kunyit hidup 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih   Cara menyediakan :   1. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau atau pecah minyak. 2. Masukkan cili padi dan kunyit hidup yang telah dikisar dan kacau rata. 3. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan serai. Masak sehingga kering. 4. Kemudian, masukkan santan dan masak sehingga pekat. Masukkan pucuk daun mali-mali. 5. Masak lagi sehingga kering dan hidangkan.   Tips : Jika santan tidak pecah minyak, tambahkan sedikit minyak masak.