John Legend & Chrissy Teigen Beli Kediaman Baru Dengan Floating Garden
John Legend dan Chrissy Teigen telah membuat pelaburan hartanah yang agak ketara pada tahun ini. Kurang sebulan selepas berita pasangan selebriti itu membeli kediaman triplex di Manhattan bernilai $7.7 juta di mana mereka turut memiliki penthouse di bangunan yang sama, kini keduanya telah membeli sebuah lagi kediaman gaya kontemporari di West Hollywood bernilai $5.1 juta.

Menurut Variety, kediaman baru itu terletak tidak jauh dari kediaman yang mereka diami ketika ini, dan mempunyai empat bilik tidur dan empat bilik mandi berkeluasan 3440 kaki persegi. Rumah yang baru dibina ini mempunyai bahagian luar dengan binaan kaca dan kayu yang indah, dan merujuk sebagai “moden organik.” Ruang tamu utama mempunyai ruang lantai terbuka, dan dapur menjadi satu titik fokus yang jelas, dengan dapur pulau dengan marmar serta kabinet yang mengambil ilham Eropah.

Satu set tangga kayu terapung menuju ke tingkat dua, di mana suite utama diibaratkan sebagai oasis dengan palet warna neutral, dan mempunyai balkoni peribadinya sendiri. Salah satu keistimewaan rumah ini adalah floating garden yang terletak di tingkat dua dan dilengkapi dengan sistem pengairan bahagian bawah. Selain itu, bahagian luar turut dilengkapi dengan outdoor fireplace dan kolam spa berukuran sederhana.
Walaupun pasangan ini baru membeli kediaman baru dan memiliki rumah di Beverly Hills (yang berharga $14.1 juta pada tahun 2016), pasangan ini melakukan kuarantin dengan dua anak mereka, Luna dan Miles, di sebuah rumah yang mereka sewa di Malibu.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
