fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Deko Trend – Le Creuset Millenial Pink Cookware
GLAM Deko Destinasi – Gaya Scandinavian
5 Pereka Dalaman Paling Berpengaruh
Kemuncak Malam Tahun Baru di Angkasa
Palet – Trivia Warna Romantis Lavender
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Resipi Nasi Udang Serai dari Sheila Rusly

Resipi Nasi Udang Serai dari Sheila Rusly

SheilaRusly

Sheila Rusly
“Nasi Udang Serai adalah kegemaran suami dan anak-anak menjelang Ramadan kerana teksturnya ringan dan tidak berminyak”
 
ONE_2302

NASI UDANG SERAI
 
Bahan-bahan
 
3 cawan berasmathi
1 sudu besar serbuk jintan manis
8 batang serai dititik
15 – 20 ekor udang saiz besar
1 biji bawang besar dikisar
3 – 4 ulas bawang putih dikisar
1 ½ inci halia dikisar
2 sudu besar marjerin
2 sudu minyak masak
½ tin susu cair
2 kiub pati ayam
 
Cara menyediakan:
 
1. Cairkan marjerin bersama minyak. Tumis jintan manis sehingga garing.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian masukkan serai.
3. Masukkan dua kiub pati ayam. Tambah garam secukup rasa. Masukkan udang dan masak sehingga udang separuh masak.
4. Masukkan berasmathi ke dalam periuk nasi. Masukkan susu cair bersama air mengikut sukatan nasi.
5. Kemudian, masukkan kuah udang serai tadi.
6. Tanak nasi sehingga masak.