Percutian Intim bersama Secret Retreats
Jemu dihambat kesibukan aktiviti kota? Apa kata berhenti sejenak, hilangkan segala lelah dan kekusutan di jiwa di perlarian rahsia, Secret Retreats. Secret Retreats bersifat terpencil, intim dan eksklusif – menghubungkan manusia dengan seribu satu rasa yang sudah lama diabaikan termasuklah budi bicara, adat, budaya, seni, sejarah, gastronomi dan semangat turun-temurun.
Mula membuka pintunya kepada awam September tahun lalu, sehingga hari ini Secret Retreats berjaya menakluki 37 koleksi hartanah milik individu persendirian di seluruh pelusuk Asia.
Koleksi Secret Retreats menggabungkan kepelbagaian ciri semulajadi samaada terletak di landskap indah, pergunungan Himalaya mahupun persisiran pantai Filipina. Menerusi Secret Retreats pengembara boleh meneroka landskap asli kuil-kuil di Angkor Wat, mendaki ribuan anak tangga di Tembok Besar Cina atau menikmati kehalusan air tangan orang Jepun.
Secret Retreats dibangunkan oleh empat orang Barat berjiwa nusantara yakni Bruno Ferret (Perancis), Federico Asaro (Itali), Stéphane Junca (Perancis), dan Elizabeth Soriano (Amerika Syarikat).
5 Koleksi Secret Retreats Pilihan GLAM Deko
Jeeva Beloam Beach Camp – Lombok
Terletak di teluk terpencil di bahagian selatan pulau, di atas tanah seluas 55 hektar, Jeeva Beloam memiliki lima Sasak brugas atau rumah kecil. Setiap beruga dilengkapi teres luas bertutup dengan katil siang besar dan kawasan tempat duduk mengadap pantai pasir memutih. Jeeva Beloam mengaplikasikan tenaga solar dan aliran air kitar semula menerusi kolam rawatan air bawah tanah untuk air hujan dan air laut.
Rak Ko Jae – Seoul, Korea
Dikelilingi gunung-ganang dan sungai berliku, Rak Ko Jae adalah syurga kedamaian dan ketenangan. Berada di tapak warisan UNESCO, perkampungan Hahao, anda boleh memilih di antara empat chogas atau rumah pondok tradisional serba eksklusif dan mewah untuk menginap. Jangan lupa nikmati sauna lumpur kuning kala bersenggang santai.
Rachamanka – Chiang Mai, Thailand
Memiliki 22 bilik dan dua suite penginapan, Rachamanka berada di tengah-tengah nadi Chiang Mai. Membawa masuk keindahan flora dan fauna berbalas kegemilangan warna-warni kehidupan sejagat, setiap kamar penginapan menceritakan kisah artistik mengenai salasilah keluarga pemilik.
Villa Mathis – Umalas, Bali
Berkonsepkan privasi dan unik untuk didiami, lima vila individu membentuk Villa Mathis dengan 18 bilik penginapan bagi memenuhi tempahan tunggal dan lain-lain. Setiap bilik dihias sama sekali berbeza namun dilengkapi katil tiang empat, tab mandi mewah, dan semestinya paduan jitu dekorasi moden dan tradisional. Villa Mathis tercipta buat sekalian yang mahu lari dari aktiviti malam penuh kesibukan dan padat di pekan komersil, Kuta dan Seminyak.
Japamala Resort and Spa – Pulau Tioman.
Dibina di tengah-tengah hutan hujan tropika, Pulau Tioman, Japamala Resort and Spa dilengkapi kolam renang luar, dua restoran dan bar, dan penginapan berteres bernadi elegan organik. Bahagian dalam setiap suite dan vila dibina berasaskan bahan kayu padu kitar semula. Tetamu boleh bermesra dengan hidupan air samaada memancing, snorkel atau menyelam sama seperti orang pulau. Restoran Tamarind Tioman menyajikan hidangan Indo Cina dan Thailand manakala kepakaran menu Barat ditawarkan di Restoran Mandi-Mandi. Japamala Resorts and Spa hanya 20 minit perjalanan bot dari Lapangan Terbang Tioman. Maklumat lanjut mengenai seluruh koleksi Secret Retreats di www.secret-retreats.com/en/Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
