
Sofa Kulit Rozel
Jika anda antara penggemar perabot berasaskan kulit, teknik penjagaan merupakan antara perkara utama yang perlu anda beri perhatian. Kulit yang dijaga dengan baik akan bertahan lebih lama dan mempunyai wajah yang lebih menarik dan tersendiri.
- Seperti kayu, kulit juga boleh pudar ditelan masa, mengeras, juga merekah apabila diletakkan secara terus kepada pancaran cahaya dan haba kerana ia mengeringkannya. Elakkan meletakkan perabot berasaskan kulit terus ke pancara mentari atau berbelahan alatan elektrik yang mengeluarkan haba panas.
- Gunakan penyedut hampagas atau kain bersih untuk membuang habuk dalam kitaran dua minggu sekali untuk memastikan habuk tidak melekat pada permukaan kulit.
- Untuk membersihkan habuk yang terkumpul, gunakan kain lembut yang telah dilembapkan dan gosokkan secara lembut pada permukaan tersebut. Walaubagaimanapun, sebelum melakukan perkara ini, uji dengan menggosok runag yang tersembunyi dahulu untuk memastikan kulit tidak meresap lembapan. Jika tidak, anda boleh menggunakan kain lembut yang kering.
- Untuk tumpahan, gunakan kain kering dan tekapkan pada tumpahan itu dan biarkan ia kering dengan udara. Ia adalah penting untuk menekap berbanding menggosok permukaan yang terkesan untuk mengelakkan lembapan itu merebak. Ia juga boleh dipraktikkan untuk permukaan fabrik.
- Elakkan dari menggunakan pencuci yang kasar, cecair pencuci, detergen, atau ammonia untuk membersihkan kotoran. Elakkan juga dari merendam kulit yang terkena kotoran di dalam air. Ini kerana ia lebih mendatangkan mudarat berbanding kotoran itu sendiri. Dapatkan khidmat pakar andai kotoran itu sukar ditangani.
- Perhatikan jika terdapat kesan calar. Kulit yang halus buatannya mudah terjejas, untuk itu jauhkan diri jika anda menggunakan objek tajam. Jika terjadi calar yang halus sapukan dengan tangan pada permukaan tersbut mengikut ira kulit.
- Oleh kerana sifat kulit yang mudah menyerap, pastikan permukaan yang diletakkan di atas perabot kulit anda adalah tidak diwarnakan.
- Gunakan perapi kulit setiap enam hingga 12 bulan sekali untuk memastikan ia kekal cantik dan bersinar.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
BY Syahirah Hussain
Jun 03, 2026
Gaya Hidup
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
BY Izzati Hailizam
Jun 02, 2026
Fesyen
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Fesyen
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
BY Marissa Suhaila
May 29, 2026
Fesyen
Dialog Fesyen: Yuleza
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Cantik
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
BY Tyraa Bahari
May 29, 2026
Cantik
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Cantik
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Terima yang terbaik dari dunia Glam!
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
