fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Seni Bina – Perpustakaan Futuristik di China
Bengkel Gubahan Bunga GLAM Deko bersama Comyns
Destinasi Baru Butik Kecantikkan Tom Ford
Kediaman – Ilham Serambi Moden
Kediaman – Fresh Simplicity
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Inspirasi > Palet – Mainan Warna Rona Merah dan Emas

Palet – Mainan Warna Rona Merah dan Emas

Gabungan merah dan emas adalah satu kombinasi warna yang mewah. Masyarakat cina mempercayai bahawa kedua-dua warna ini mampu membawa tuah kepada mereka. Kedua-dua warna ini mempunyai karakter dan personaliti yang tersendiri namun mudah disuai padan tambahan pula jika palet asal kediaman anda adalah dalam curahan warna neutral.

Gaya Chinoiserie Chic sememangnya antara pengaruh gaya oriental yang dipermodenkan dan sering mendapat perhatian untuk yang menggemari pilihan lebih subtle dan terkini. Manakala rona metalik seperti emas, gangsa dan perak sememangnya hangat kebelakangan ini pengaruh dari industri fesyen dan faktor lain.

Jika anda mahu bermain dengan rona emas, pilihan perabot boleh anda pertimbangkan. Dapatkan sesuatu yang direka dalam gaya moden dan ringkas untuk tidak terlihat terlalu klasik. Oleh kerana rona ini malar segar, jika anda mendapatkan sesuatu yang tepat, ia bakal menjadi item pelaburan yang baik. Untuk rona merah pula, andai anda khuatir pancaran warna yang terlalu kuat, pilihan kemasan lembut paling ideal kerana ia mudah ditukar ganti. Namun pilihan perabot yang tepat boleh menjadi titik fokus pada ruang yang terlihat polos dan santai.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse