Raikan Detik Istimewa Hidup anda Dengan “Bliss for Forevermark”
10 Gaya Lelaki Pilihan GLAM di KLFW 2017!
Pierpaolo Piccioli Buka Lembaran Baharu di Balenciaga
Rahsia Tampil Bergaya dengan Blazer Coklat – Trik yang Ramai Tak Tahu!
Sorotan Fesyen Ariana Grande Di Jelajah Media ‘Wicked: For Good’
Home > Fesyen > Syomir Izwa Debut Jenama Syomirizwa Gupta di Minggu Fesyen Kuala Lumpur

Syomir Izwa Debut Jenama Syomirizwa Gupta di Minggu Fesyen Kuala Lumpur

Syomirizwa GuptaGambar: Syomirizwa Gupta

  Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2015 terus dihangatkan dengan pengumuman terbaru dari pereka fesyen Syomir Izwa, yang bakal membuat debut jenama baru Syomirizwa Gupta. Menurut Syomir, perubahan itu disifatkan sebagai suatu perkembangan bagi jenama itu untuk mencapai ke tahap seterusnya. Ianya kini lebih menyeluruh dengan peningkatan terhadap promosi serta bahagian jualan. Label itu kini juga punya satu pasukan khas untuk mengelola acara, pertunjukan fesyen, perkhidmatan pelanggan juga perhubungan awam.  

Syomirizwa Gupta3Gambar: Syomirizwa Gupta/Bibo Aswan

  Syomirizwa Gupta yang dijadual mementaskan koleksi Musim Bunga/Panas 2016 pada 15 Ogos, jam 7 petang itu nanti dikatakan lebih sofistikated dan seksi. Dikenali dengan penggunaan rona terang dalam rekaannya sebelum ini, label terbaru itu turut akan bereksperimen dengan rekaan yang lebih relaks dan subtle.