Tips Memilih Meja Sisi
GLAM DEKO Ogos/Sep 2014
Palet – Trivia Warna Serindit Kuning
GLAM Deko Kediaman – Kondominium Metropolitan
GLAM Deko Libur – Percutian Mewah The Aquila
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Inspirasi > Ciri Keselamatan Ruang Kediaman Buat Si Kecil

Ciri Keselamatan Ruang Kediaman Buat Si Kecil

ISS_0893_06656Gambar: Ingimage

 

Anak kecil sentiasa lincah dan aktif. Dekorasi ruang kediaman anda perlu menepati ciri-ciri keselamatan buat si kecil agar mereka bebas bermain tanpa sebarang kecederaan. Berikut idea keselamatan buat si kecil di rumah.

  – Pastikan soket anda bertutup untuk mengelakkan anak-anak bermain dengan punca kuasa elektrik.   – Pilih perabot yang tidak berbucu tajam selain menggunakan cat dan bahan bebas toksik.   – Gunakan almari berlaci yang menggunakan sistem pintu tanpa pemegang untuk mengelakkan dari jari mereka tersepit.   -Periksa jenis lantai anda sama ada licin atau tidak. Lantai licin akan lebih berisiko untuk jatuh dan pastikan pilihan karpet yang bersesuaian.