fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Industri Hollywood Berdepan Dengan Amarah Uma Thurman
Dendam Kate Winslet
Runway Muslimah Pecah Tradisi Minggu Fesyen New York
Tangisan Kim Kardashian West Angkara Kanye West
Putera William Berkongsi Kisah Dia Menghadapi Pemergian Ibunya
Home > Uncategorized > Ralph Lauren Undur Diri, Lantik CEO Baru

Ralph Lauren Undur Diri, Lantik CEO Baru

Oleh: Mujahid Saddam

 

Ralph Lauren designerRalph Lauren di pentas Spring/Summer 2016 label itu. (Gambar: TPGVIP)

 

Setelah lebih lima dekad meneraju empayar fesyennya, Ralph Lauren mengundur diri dari jawatannya sebagai Ketua Eksekutif. Pengumuman turut dibuat mengenai pelantikan Stefan Larsson, Presiden Global bahagian Old Navy, Gap Inc sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Ralph Lauren Corporation.

 

“Tugas saya adalah untuk sentiasa memikirkan mengenai masa hadapan syarikat ini serta bagaimana untuk terus bergerak ke hadapan,” ulas Lauren mengenai perkara itu. Namun jelasnya, dia tidak akan meninggalkan syarikat tersebut.

 

Larsson bakal memulakan tugasnya di Ralph Lauren November nanti.