Home > Personaliti > Who’s That Girl? Kenali Siapa Fyza Kadir
Who’s that girl? Nama penuhnya Norhafezzah A. Kadir. Lebih selesa dikenali sebagai Fyza Kadir. Wanita jelita berkulit mulus ini murah dengan senyuman. Teringat kali pertama kali mengenalinya, dia sangat mudah didekati dan bicaranya cukup lembut. “Saya lahir dan dibesarkan di Johor. Tamat bersekolah di SMK Aminuddin Baki, Johor Bharu saya lanjutkan pelajaran dalam jurusan Fesyen dan Rekaan Tekstil di kolej Malaysia Institute of Art atau MIA. Usai belajar, saya bekerja selama dua bulan di butik Sofira di Ampang. Itu adalah pekerjaan pertama dan saya bertugas sebagai junior fashion designer. Sememangnya saya sukakan bidang ini tetapi mengambil kata putus untuk berehat seketika dan mencuba nasib di bidang lain pula.”
Bercita-cita mahu merancakkan dunia perfileman tempatan kala usia mencecah 26 tahun, anak keempat dari lima beradik ini merencana masa hadapannya dengan menjual bakat lakonan di layar perfileman tanah air. “Segala-galanya bermula dengan lamaran daripada seorang penulis skrip langsung dibawa bertemu David Teo. Saya tidak yakin dengan peluang yang diberikan kerana khuatir akan bakat lakonan saya. Namun setelah diberi kepercayaan oleh David Teo, saya lantas bernaung di bawah pengurusan MIG. Sememangnya saya tidak punya pengetahuan langsung mengenai selok-belok dunia lakonan. Daripada situ bakat lakonan diasah atas tunjuk ajar dan kepercayaan yang diberikan David Teo.”
Namun, jodoh Fyza dengan dunia lakonan tidak panjang. Katanya bakat yang dimiliki tidak seteguh mana lantas mengambil keputusan untuk berundur diri. Tatkala dilamar sebagai isteri, Fyza hampir pasti keputusan untuk terus berhenti berlakon adalah yang terbaik. Kini setelah hampir dua tahun berkahwin, Fyza dan suaminya masih nampak seperti pasangan baru bercinta. Mereka umpama cincin dan permata. Selamat diijabkabulkan pada Julai 2013, Fyza mengikat tali pernikahan bersama ahli perniagaan Ahmed Feruz Zainul Abidin. Ke mana sahaja pergi mereka sering dilihat bersama. “Adik perempuan saya yang mengenalkan kami. Berkenalan dalam setahun, date pertama kami menyaksikan perlumbaan Formula One di litar Sepang. Habis perlumbaan, dia bawa saya menikmati makan malam dan terus melamar pada waktu yang sama. Bayangkan cuaca panas ketika itu, sudahnya memang saya tidak control ayulah jawabnya!” cerita Fyza sambil ketawa.
“Mungkin ada yang tidak selesa melihat akan kebahagiaan kami, tapi sejujurnya kami sangat selesa berdua. Tidak dibuat-buat sama sekali. Bukan niat untuk mengheret suami ke acara-acara fesyen ini tetapi lebih senang jika dia ada sekali. Pada mulanya Feruz tidak boleh terima. Duduk di barisan hadapan, melihat keindahan peragaan fesyen mahupun bergaul bersama kelompok fesyen. He is not really into it. Tetapi dia hadir sama kerana menyokong apa yang saya suka. Feruz orangnya protective dengan orang yang dia sayang. Tidak mengongkong malah sangat senang untuk dibawa bicara. Jika keluar berseorangan dia tidak senang duduk. Sebab itu saya lebih selesa membawanya bersama daripada situ juga dia dapat mengenali lebih ramai orang lantas membina kenalan. Tidak perlu juga untuk dia menelefon saya berkali-kali! Itu sudah pasti. Feruz bukan cinta pertama tetapi dia insan pertama yang melamar untuk berkahwin. Saya tidak kisah apa orang kata, apa yang pasti semuanya dilakukan bersama. Mana Feruz ada, saya ada atau sebaliknya. Itulah kami,” terang Fyza mengenai cinta hatinya.
Keduanya dilihat sangat bergaya, segak berfesyen. Tidak keterlaluan jika saya beri jolokan kepada pasangan ini sebagai ‘The Most Stylish Couple’. “Dalam memilih helaian pakaian untuk ke acara keramaian atau berhibur, semua keputusan terletak pada saya. Mungkin ada yang berkata kepada saya agak keterlaluan tetapi saya mahu mengimbangi gaya kami berdua kerana Feruz memperlihatkan elemen gaya lelaki bermotosikal kuasa tinggi atau sporty. Tidak mungkin saya akan membawa gaya biker chic kerana itu bukan saya. Peranan saya adalah untuk melembutkan gaya kami berdua agar tampak sedondon. Tetapi bila keluar membeli-belah Feruz bebas untuk memilih pakaian. Kami saling melengkapi antara satu sama yang lain lantas memperbaiki apa yang perlu. Kehidupan kini lebih santai di pangkuan suami tercinta. Relaks dan ringkas itu kehidupan saya sekarang. Aktiviti harian tidaklah begitu padat. Namun tanggungjawab sebagai isteri tidak diabaikan.”
Konsep & Penata Gaya: Cheah Wei Chun/Clanhouseonline.com
Gambar: Bustamam Mokhtar
Penyelaras: Aizat Aidid
Teks: Zuhairie Sahrom
*Dipetik dari GLAM edisi September 2015
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
