Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > Seni Bina Marina Bay Sands
[soliloquy id=”46363″]
Mengenai Marina Bay Sands Dibuka lewat April, 2010 lalu dengan kos pelaburan mencapai USD 5 billion, hak untuk beroperasi Marina Bay Sands (MBS) diserahkan di bawah selenggaraan Las Vegas Sands Corp selama 30 tahun (tidak termasuk 10 tahun pertama tempoh operasi). Resort intergrasi ini merangkumi 2, 561 bilik hotel, pusat konvensyen, pusat membeli-belah, restoran bertaraf lima bintang, teater, kasino, dan muzium seni dan sains. Moshe Safdie diberi mandat untuk mereka bentuk keseluruhan pelan projek MBS. Menurut Safdie, “Cabaran kami adalah untuk mewujudkan satu tempat penting awam berskala daerah-bandar, dalam erti kata lain, bagaimana kami menangani isu projek berskala mega dengan binaan satu landskap bandar yang masih boleh diusahakan oleh tenaga kerja manusia.” Sky Park Dibina di atas tanah seluas 10 juta kaki persegi, binaan tiga menara setinggi 55 tingkat ini banyak menyerap pengaruh campuran homogeni etnik Cina, Melayu, India dan Barat justeru mencerminkan masyarakat Singapura. Tiga menara berkembar ini turut bertindak sebagai paksi sokongan buat bumbung teres –Sky Park. ‘Berlabuh’ sepanjang 340 meter, Sky Park memberi akses eksklusif buat pengunjung ke 150 meter kolam renang infiniti dan dek pemerhatian. Berkeluasan 1.2 hektar, kolam renang infiniti ini menjangkaui 10 buah kolam renang bersaiz Olimpik! Ukuran bumbung teres ini menyamai dua buah jet Boeing 747. Menyajikan pemandangan bandaraya Kota Singa secara menyeluruh, Sky Park adalah salah satu keajaiban dunia kejuruteraan kerana jarak kedudukkannya, 200 meter (656 kaki) dari paras laut. Selain dari menjadi penghubung antara menara, Sky Park terlindung dari angin serta menjadi rumah buat lebih 250 spesies pokok dan 650 tanaman botani. Sky Park menjadi lambang ‘Garden City’ yang menjadi asas kepada strategi reka bentuk bandar urban Singapura. Gardens by the Bay Digelar “Taman Avatar”, Gardens by the Bay banyak meraih anugerah seni bina dan reka bentuk berprestij dunia dibina di Marina Reservoir. Antara destinasi hortikultur terbaik di dunia yang pernah dibina ini menjangkau 101 hektar luas tanah yang ditebus guna. Taman indah ini terbahagi kepada dua sektor; Bay South Garden dan Bay East Garden. Dipayungi pokok – pokok gergasi di seluruh taman, tumbuhan liar daripada tanah tinggi tropika sehingga 2, 000 meter dari paras laut ada di sini. Kelibat kabus – kabus nyaman melindungi gunung buatan manusia setinggi 35 meter yang mengalirkan air terjun indoor tertinggi di dunia. Bay South Garden adalah lingkungan taman terbesar dengan reka bentuk menyerupai bunga kebangsaan Singapura, Vanda ‘Miss Joaquim. Di sini terdapat Super Trees, pokok – pokok terbesar dan tertinggi (setinggi 9 hingga 16 tingkat bangunan!). Anda boleh berjalan di atas laluan tergantung antara dua uper Trees untuk melihat habitat burung yang ada. Apabila malam menjelma, persembahan tari lampu dan bunyi berlangsung di Taman Rhapsody. Untuk ke Marina Bay Sands, anda boleh terus menaiki MRT Singapura menuju terus ke stesen Marina Bay Sands (stesen MRT Bayfront – CE1, Exit B, C, D, E).Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
