Tilda Swinton Channels Ivanka Trump Untuk Watak Antagonis
Alber Elbaz Membawa Haluan Dari Lanvin
Netizen Berang Dengan Editorial Fesyen Karlie Kloss Untuk Sebuah Majalah Besar
Kris Jenner Akhirnya Mengesahkan Kehamilan Khloé dan Kylie?
Menawan & Jelita! Say Hello To New Victoria’s Secret Angels!
Home > Uncategorized > Lily James Dilamar Burberry

Lily James Dilamar Burberry

Oleh: Mujahid Saddam  

T67862080_2MLily James di Anugerah Golden Globes 2016. Gambar: TPGVIP

  Namanya mula menjadi sebutan selepas membintangi filem Cinderella tahun lalu. Bintang Lily James, aktres English berusia 27 tahun ini terus menyinar dan kini dia disunting sebagai wajah baru Burberry pula.   Mengikut jejak langkah Kate Moss dan Cara Delevingne menghiasi kempen haruman dari jenama British itu, James bakal muncul dalam kempen yang dirakam oleh jurugambar terkenal Mario Testino bagi koleksi My Burberry Black. “Saya sangat teruja menjadi sebahagian daripada keluarga Burberry,” luah aktres itu mengenai pemilihannya.   Kempen tersebut bakal dilancarkan Ogos nanti dan merupakan kempen pertama buat James. “Ianya pengalaman yang cukup istimewa. Saya berpeluang menunjukkan sisi berbeza diri saya.”