fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Dokumentari Pereka Fesyen Ikonik Alexander McQueen Yang Ketiga
Wonder Woman Gal Gadot Enggan Menyertai Filem Susulan Kerana Pemangsa Seksual
Keputusan Muktamad Khloé Kardashian Selepas Teman Lelakinya Curang
Pertandingan Buat Pelajar Fesyen Oleh Giorgio Armani
Label Roberto Cavalli Dibeli Firma Ekuiti Persendirian
Home > Uncategorized > Nicole Kidman Bercerita Tentang Anak-Anak Angkatnya

Nicole Kidman Bercerita Tentang Anak-Anak Angkatnya

Filem terbaru Nicole Kidman The Lion yang mengisarkan cerita seorang kanak-kanak lelaki dari India yang diambil sebagai anak angkat oleh pasangan dari Australia berkait rapat dengan pengalaman Nicole sebagai seorang ibu angkat.

 

61fe

Connor dan Bella Cruise.

Dua orang anak perempuan Nicole bersama suami Keith Urban, Faith (5 tahun) dan Sunday (8 tahun), sentiasa menjadi topik bualan apabila dia diwawancara tetapi Bella Cruise (23 tahun) dan Connor Cruise (21 tahun), anak angkat Nicole ketika bersama Tom Cruise, amat jarang diperbualkan.

 

Nicole mengaku yang filem ini amat menyentuh perasaannya sebagai seorang ibu dan kasih sayangnya yang tidak berbelah bagi buat anak-anaknya.

 

Filem ini amat penting bagi dirinya kerana dia juga seorang ibu dan filem ini umpama surat cinta buat anak-anak Nicole. Nicole juga menerangkan kasih sayang wataknya terhadap anak angkatnya seiras dengan kehidupan dan pengalamannya sendiri.

 

Baru-baru ini Nicole bersatu semula dengan Bella selepas setahun anak perempuannya itu berkahwin dan Connor pula mengesahkan dia mempunyai hubungan yang erat dengan Nicole.

 

Oleh: Ai Norzaid