Minggu Fesyen Malaysia Dilancarkan di Paris

Pelancaran Minggu Fesyen Malaysia di Paris baru-baru ini menyaksikan 10 pereka fesyen tempatan memperagakan koleksi pakaian Spring/Summer 2017 diatas sebuah bot yang sedang mengemudi sebatang sungai di kota tersebut.
 

 
Minggu Fesyen Malaysia  dihadiri media Perancis, fashion influencers dan fashion buyers antarabangsa.  Antara pereka fesyen yang terpilih adalah Fizi Woo, Bon Zainal, JO DISAYA, Bill Keith, Keith Kee, Tanoti Crafts, Sakura Malaysia, Ruzz Gahara, Porosus dan Toi – The Dressmaker.
 

 
Selain dikenali kerana mempunyai tarikan, kebolehan dan kualiti peringkat antarabangsa, mereka juga memaparkan dan menjual koleksi mereka pada 29 dan 30 September di Maria Callas Suite di Paris Hilton Opera supaya pembeli boleh berjumpa dengan pereka fesyen bagi setiap jenama secara dekat dan peribadi.
 
Matlamat Minggu Fesyen Malaysia adalah untuk memperkenalkan jenama tempatan kepada pembeli antarabangsa selain ingin mengangkat status Malaysia sebagai sebuah pusat fesyen utama di ASEAN dan seluruh dunia.

POST A COMMENT