fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Butiran Rancangan Sewaktu Kememangkatan Ratu Elizabeth
Kenali Perdana Menteri Justin Trudeau: Internet Sensation
Apakah Gelaran Rasmi Meghan Markle Sebagai “Puteri” Terbaru United Kingdom?
Brad Pitt Sudah Jumpa Cinta Baru Dalam Hidupnya Selepas Angelina Jolie?
Status Hubungan Juliana Evans Kini Bukan Lagi Classified Information
Home > Uncategorized > Farah Khan Reka Uniform Baru MAS

Farah Khan Reka Uniform Baru MAS

farahkhan

Malaysia Airlines (MAB) baru sahaja mengumumkan kerjasama dengan jenama fesyen Farah Khan dalam plan strategik mereka untuk memberikan sentuhan yang lebih segar dan bergaya untuk uniform krew terutamanya persalinan baju kebaya yang menjadi ikon kepada syarikat penerbangan negara tersebut.

 

Jelas mereka melalui kerjasama ini, pengarah kreatif jenama fesyen popular itu, Datuk Seri Farah Khan akan mereka keseluruhan rangkaian uniform untuk pelbagai jabatan syarikat itu, termasuklah krew kabin dan jurutera. Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines Bhd (MAB) Paul Simmons menjelaskan uniform national carrier tersebut terutamanya baju kebaya sudah menjadi simbol yang cukup iconic dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia selama ini. Usahasama ini bakal memberikan ruang untuk MAS bergerak selangkah ke hadapan dalam membawa jenamanya kembali menjadi pilihan pengguna.

 

Datuk Seri Farah Khan ternyata cukup teruja dengan projek terbaru jenamanya bersama Malaysia Airlines dan menyifatkan kerjasama itu penuh dengan inspirasi dan bakal memberikan impak yang positif with a whole new fashionable and functional uniform collection bagi keseluruhan Team Malaysia Airlines. Koleksi uniform MAS terbaru itu akan diperkenalkan pada suku keempat 2016.