Home > Personaliti > GLAM Life: Nora Khalid
Oleh: Yusairi Fitri
Arahan Seni: Mahirah Nadzlim
Gambar: Tommy Chu/Blink Studio
Solekan: Emmy Agung MENGGUNAKAN NARS
Dandanan: KERASTASÉ
Spektrum Eropah
Pertembungan dua budaya digarap sempurna buat kediaman keluarga Nora Khalid. Emosi Inggeris Perancis melatari seni bina, dekorasinya pula berselimut aura kontemporari Turki.
Kali ini GLAM Life bertamu di rumah milik keluarga Pengarah Kreatif Whisk, Nora Khalid di Shah Alam. Dari luar kediamannya sungguh megah. Rimbunan Bougainvillea melintangi gawang utama bagaikan menyapa kehadiran kami. Sesekali kelopaknya berguguran ditiup angin, rasa damai menyinggahi. Ya, dari luar lagi mahligai ini memberi kesan yang cukup mewah. Seni binanya yang mencedok gaya Inggeris memukau pandangan kala warna putih menjadi pilihan. Membaluti setiap tetingkap adalah besi tempawan berwarna hitam gaya Perancis. Dibina tinggi di lereng bukit, rumah agam ini dikepung hamparan halaman yang menghijau.
Pintu kayu besar menyambut tetamu ke dalam. Dedaun pintu di kuak mendedahkan desir kontemporari yang sarat dihuni oleh hamparan permaidani dan perabot mewah. Mahligai yang dibangunkan di atas tanah seluas 20 ribu kaki persegi ini memiliki sembilan bilik tidur, tempat ruang tamu rasmi dan santai. Paduan warna lembut, coklat, kuning dan putih gading mesra bergandingan. Ruang tamu sengaja dipenuhkan dengan perabot dan sesekali lampu dinyalakan, pantulan emas menaikkan lagi seri ruang tamu. Menariknya, siling di rumah ini rendah dan hiasannya menepati cita rasa gaya Inggeris. Setiap sudut ada sahaja almari dan meja konsul yang sarat perhiasan dan lilin wangi. Bahagian dapur dipisahkan dengan ruang tamu lain. Kata Nora, “Kami sekeluarga tinggal di bawah satu bumbung yang sama dan ia amat penting untuk mempunyai ruang yang praktikal. Setiap daripada kami akan mempunyai ruang legar sendiri dan ruang tamu yang bertema Inggeris itu sebenarnya ilham daripada ayah dan ibu saya. Untuk sesi penggambaran kali ini, saya baru sahaja menyiapkan ruang tamu baru.
Memasuki ruang tamu tambahan, Nora selesa menyuntik idea yang lebih ringkas dengan memilih untuk tidak terlalu beralih konsep daripada gaya yang sedia ada. Graduan dari Parsons School of Design, New York ini merasakan dirinya bertuah kerana diberi kepercayaan oleh ahli keluarga yang lain untuk menata dekorasi. Perkara utama yang dipertimbangkan dalam pengubahsuaiannya adalah ruangan yang praktikal untuk didiami. Ini kerana, reka bentuk tanpa fungsi adalah satu sentuhan yang sia-sia. Konsep yang sedikit kontra dicipta dengan menampilkan elemen moden pada ruangan tambahannya. Hela moden dimulakan dengan perincian yang khusus pada pemilihan perabot. Sofa mewah Minotti berona kelabu menjadi pilihan. Sebagai pelengkap, meja kopi marmar di tempatkan pada bahagian tengah dengan permaidani antik sebagai menambahkan lagi karakter yang didambakan.
Ruang tamu ini lengkap dengan set TV berukuran 60 inci. Menariknya, titik fokus utamanya adalah pada kemasan dinding yang dihiasi dengan marmar. Kala diajukan pertanyaan mengenainya, Nora pantas menjawab, “Idea untuk menempatkan jubin marmar ini bukan dirancang dengan sengaja. Sewaktu mencari jubin yang sesuai untuk diletakkan dalam bilik mandi, saya seakan jatuh cinta dengan sekeping marmar Arabescato Vagli dan terus membelinya. Ia adalah material semula jadi yang asli dan sukar dijumpai. Malah sewaktu pembikinan rumah kaca ini, saya mendapat idea untuk meletakkannya pada dinding dan benarlah kata hati saya usually when I design a space, things fall into place organically and end up in such a way where it’s almost like it’s ‘meant to be’. Creating an authentic space is such an important thing for me because I feel that’s what gives a space its soul.”
Paling menarik perhatian inilah pencahayaan pada ruang tamu ini yang nyata berbeza daripada ruang yang dipertontonkan sebelumnya. Di sebelah kiri, French window setia menanti, manakala di sebelah kanan pula, ia dilengkapi pintu cermin yang boleh laraskan. Berhadapannya pula ialah kolam renang, sesekali ia memantulkan biasan cahaya, memberikan rasa damai pada penghuninya. Menurut Nora, sebelum adanya ruang tambahan ini, kolam renang kelihatan sedikit terasing kerana terletak pada sudut belakang. Kebijaksanaannya bermain dengan ruang nyata terserlah apabila setiap daripada ahli keluarganya kini boleh menikmati ruang santai yang berhubung secara langsung dengan laman kolam.
[soliloquy id="49837"]
[soliloquy slug="glam-life-nora-khalid"]
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

