Kim Kardashian dan Kylie Jenner Punyai Kembar?
Putera William dan Putera Harry Akhirnya Berkongsi Kisah Kehilangan Puteri Diana
Pertandingan Buat Pelajar Fesyen Oleh Giorgio Armani
Britney Spears Membuktikan Dia Boleh Menyanyi Live
Foto Ulang Tahun Puteri Charlotte
Home > Uncategorized > Raf Simons Sah Sebagai Pengarah Kreatif Calvin Klein.

Raf Simons Sah Sebagai Pengarah Kreatif Calvin Klein.

Raf Simons

Gambar: fashionmodeldirectory.com

  Raf Simons telah dilantik secara rasmi sebagai Pengarah Kreatif di Calvin Klein mengisi kekosongan yang ditinggalkan Francisco Costa pada April lalu.   Berita ini sekali gus telah menamatkan khabar angin yang sudah lama berlegar di dalam industri fesyen. Ada beberapa petunjuk awal dari Calvin Klein mengenai perlantikan ini tetapi Simmons dan rumah fesyen ternama Amerika Syarikat itu selama ini hanya berdiam diri. Mereka tidak membuat sebarang kenyataan kerana kontrak pereka berbakat besar itu bersama Christian Dior hanya tamat pada bulan lalu.   Ramai yang tidak sabar untuk melihat pembaharuan yang bakal dibawa oleh Simmons dan sejauh mana siluet ringkas CK akan dikekalkan. Nantikan koleksinya pada minggu fesyen akan datang.