Selalunya kita dengar kisah wanita tua yang menyimpan ‘anak ikan’ (lelaki muda). Tapi bagaimana pula jika cerita sebegini dilihat dari perspektif lelaki? Satu kes di mana seorang Datin dalam dilema apabila anak lelaki sulungnya dijadikan ‘anak ikan’ kepada seorang usahawan wanita. Baru-barunya dengar cerita, keduanya mahu membina masjid tapi mengundang tentangan daripada Datin tersebut. Mati-mati anaknya itu memberitahu yang memang dia betul-betul cintakan wanita itu. Bukan disebabkan buatan orang dan bukan disebabkan wang. Persepsi negatif sering dilemparkan kepada pasangan sebegini. Tapi jika niat keduanya ikhlas, apa salahnya kan?
Datin Mariam pening kepala mengenangkan Zul. Cita rasa anak lelakinya itu tidak seperti kebanyakan lelaki lain yang mendambakan gadis muda bergetah. “Saya pun tak fahamlah. Girlfriend Zul tak pernahnya yang muda atau seusia. Kalau terlajak tua dua tiga tahun pun tak apa lagi, saya boleh terima. Tapi kalau dah beza usia 15 tahun? Haih, macam mana ni Datin?” Datin Mariam mengeluh tak sudah. Sejak usia 20-an lagi, teman wanita anak lelakinya semuanya yang sudah berumur. Paling Datin Mariam tak dapat terima apabila salah seorang teman wanita yang pernah dibawa pulangnya hanya muda beberapa tahun sahaja daripada Datin Mariam. Layak dipanggil ibu!
Yang membuatkan Datin Mariam amat runsing kala ini adalah apabila Zul menyuarakan mahu berkahwin. Dengan siapa? Rupa-rupanya kasih lama bertaut kembali. Kalau Zul umurnya 32 tahun, wanita itu pula sudah menjangkau 47 tahun. Janda anak tiga. Datin Mariam awal-awal lagi menegah Zul daripada bertemu dengan wanita itu. Pelbagai horror stories dikhabarkan ke telinga anak lelaki kesayangannya itu mengenai kekurangan berkahwin dengan perempuan tua. Tapi menasihati Zul seperti tiada gunanya. Dia memang tak makan saman. Datin Mariam minta adik-beradik lain tolong nasihatkan si abang tapi semuanya tak mahu masuk campur.
Lagi pun Datin Mariam teringin mendukung cucu daripada Zul. “Buat apa susahkan diri jaga anak tiri? Tiga orang pula tu. Kau tu nak jaga diri sendiri pun tak tahu, masih telefon ibu kalau susah. Ini nak pikul tanggungjawab jaga anak orang?!” Seribu kali sayang kalau Zul melepaskan peluang untuk bergelar bapa hanya kerana cintanya kepada wanita tua. Banyak kali juga Zul cuba memujuk Datin Mariam yang anak-anak tirinya juga boleh diibaratkan cucu. Setiap kali Zul menuturkan kata-kata itu, Datin Mariam pasti melenting. “Anak orang asing dan cucu dari darah daging sendiri tak sama!”
Perbalahan dua beranak ini membawa kepada perang dingin yang tak berkesudahan. Sekarang Zul sudah merajuk membawa diri. Datin Mariam dalam keras hatinya, berasa gerun mengenangkan mana tahu anak lelaki sulungnya itu terus meninggalkannya pergi dan tak pulang lagi. Nasihat Datin X, “Apa kata cuba bertemu dulu dengan bakal menantu. Mana tahu orangnya baik budi dan mampu menambat hati bakal mertua? Daripada terus menerus keduanya membuat maksiat, biarlah hubungan mereka dihalalkan.” Datin Mariam langsung tidak menjawab. Hmm… memang senang mulut Datin X memberi nasihat. Kalau berada di tempatnya, entah apa yang Datin X akan lakukan. Nak menyambut menantu baru yang umurnya hampir seusia kita? Oh, tidak!
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
BY GLAM Malaysia
Sep 26, 2025
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh ...
BY Aizat Aidid
Aug 04, 2025
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Cur...
BY Yusairi Fitri
Apr 14, 2025
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With T...
BY Siti Syahidah
Apr 15, 2022
Datin X: Affair Di Hujung Usia
BY Fara Adilla
Apr 28, 2020
GLAM Exposé: Kekayaan Mega Ranap Di Tangan Genera...
BY Fara Adilla
Apr 27, 2020
Datin X: Malu Ada Anak Cacat
BY Fara Adilla
Apr 23, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

