fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Zac Posen Juga Enggan Menggayakan Melania dan Ivanka Trump
Jessica Chastain Tied The Knot Di Itali
Nasihat Cinta Oleh Rihanna Melalui DM Di Twitter
Lady Gaga Mahu Menggunakan Nama Sebenarnya Untuk Filem Terbarunya
Marie Antoinette at the Gym
Home > Uncategorized > Amanda Seyfried Bakal Timang Cahaya Mata

Amanda Seyfried Bakal Timang Cahaya Mata

Pihak Amanda Seyfried baru sahaja mengesahkan bahawa pelakon tersebut bakal menimang cahaya mata pertamanya, menurut USA Today.

Pelakon Mean Girls, Mamma Mia, dan Les Miserables itu membuat kemunculan di sebuah acara pelancaran media Givenchy pada Selasa lepas menunjukkan baby bumpnya.

https://www.instagram.com/p/BNaoZtvjbyh/

Pada tahun lepas, Amanda yang sudah bertunang dengan Thomas Sadoski pada September lalu menyatakan yang dia mahukan seorang anak dalam empat atau lima tahun akan datang ini.

“Saya perlu memulakannya… Saya mahukan seorang anak. Saya mahu sangat menjadi seorang ibu. Itu apa yang saya rasakan. Saya sudah merasakannya selama dua tahun rasanya. Saya tak bersedia tetapi siapa sahaja yang bersedia? Ianya akan mengubah segalanya… Jadi macam mana nak bersedia untuk itu?”

Amanda bertemu dengan tunangnya semasa mereka bekerjasama dalam pementasan broadwayThe Way We Get By’ dan menjadi pasangan officially selepas bertemu semula di set pengambaran ‘The Last Word’.

Oleh: Ai Nazmi Norzaid