Persembahan Koleksi Bunga/Panas ’19 Tory Burch Ibarat Wanderlust Alaf Baru
Sinergi Wanita Paris Buat Longchamp
‘90291’ – Thomas Wylde Fall/Winter 2016
Adikarya Terindah Buat Koleksi Adibusana SS25
Most GLAM 2021: Nelydia Senrose
Home > Fesyen > Minggu Fesyen > PFW > Fenty Puma by Rihanna Kembali Ke Minggu Fesyen Paris

Fenty Puma by Rihanna Kembali Ke Minggu Fesyen Paris

 

Ikutan ulasan positif yang diberikan kepada koleksi Fenty Puma by Rihanna pada musim lepas semasa Minggu Fesyen Paris, Rihanna bakal kembali ke Paris sekali lagi untuk mempamerkan koleksi terbarunya untuk Fenty Puma.

 

Koleksi musim bunga Fenty Puma by Rihanna sebelum ini mendapat sambutan yang hangat daripada pembeli, peminat dan juga editor-editor disebabkan rupa dan gaya yang disuntikkan oleh Rihanna ke dalam koleksi tersebut yang diinspirasikan oleh “Marie Antoinette at the gym” terang Rihanna semasa pertunjukan fesyen debutnya di Minggu Fesyen Paris.

 

[envira-gallery id=”61629″]

Menurut laman Facebook Rihanna, pertunjukan fesyennya dijadualkan pada 6 Mac ini tetapi lokasi pertunjukan tersebut masih belum lagi diumumkan dan WWD melaporkan kebarangkalian pertunjukan fesyen Rihanna akan diikuti oleh after party yang pastinya dihadiri oleh selebriti-selebriti ternama.

 

Surprise us again, RiRi!