Related Stories
CalaQisya, Jenama Merai Fesyen Lebih Sopan
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioAs comfy as clothes can get, menjadi paksi utama buat CalaQisya dalam mereka himpunan mereka, Tiga beradik, Yana, Farah dan Azrina Kharuddin memupuk gaya sopan buat pecinta fesyen sejak lebih sedekad. Kini CalaQisya antara label lokal yang pesat membangun. Bersama tiga butik mereka yang terletak di Central i-City, Shah Alam juga Johor bahru dan Ipoh.
Mengapa mahu lancarkan CalaQisya?
CalaQisya lahir ketika pasaran modest di Malaysia ketika itu masih sunyi. Agak sukar untuk mereka yang berhijab untuk mencari baju yang bercita rasa fesyen. Maka kami ambil keputusan untuk melancarkan jenama ini sebagai solusinya. Di CalaQisya kami sajikan dress berlengan panjang, hijab yang bersesuain dengan cuaca panas, seluar potongan longgar. Apa sahaja yang diperlukan oleh wanita berhijab.

Apakah nilai estetik fesyen yang memberi keunikan pada CalaQisya?
Kami akan pastikan setiap produk yang dihasilkan menepati piawaian kami, walaupun rekaannya berbeza-beza. Ia juga perlu dijaga agar mampu memuaskan pilihan pelanggan kami. Perlu tahu memuaskan di sini adalah mampu menyelesaikan masalah mereka. Kami menjaga hal material, gaya potongan, serta kualiti yang digabungkan untuk setiap konsep atau hala tuju CalaQisya.
Kejayaan CalaQisya yang dibanggakan sehingga kini?
Menghasilkan satu koleksi bersama Disney!

Siapakah wanita yang dijadikan idola?
Wanita disekeliling kami adalah idola dan pemberi inspirasi kepada CalaQisya. Cerita yang mereka kongsikan sepanjang keberadaan kami di media sosial cukup unik dan mengagumkan. Sebaiknya kami letak mereka sebagai inspirasi utama. Bagaimana mereka gagah mengharungi hidup perlu diberikan penghormatan dalam masyarakat kita.
Hala tuju CalaQisya seterusnya?
Dalam keadaan yang tidak menentu sekarang, kami mengambil keputusan untuk sentiasa berjaga-jaga dan go with the flow.
Pautan Berkenaan: Sejenak Bersama Natasha Ozeir
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
