Kulit Wajah Kering? Periksa Intipati Terlebih Dahulu!
SHISEIDO Raikan Ulang Tahun Ke-150 Menerusi Kempen “From Life Comes Beauty”
Sentuhan Mewah di Bibir dengan Guerlain Rouge G
Diari Cantik Bersama Parisa Ardina Dadashpour
Gaya Rambut Tidak Konvensional Meghan Markle Menarik Perhatian Umum
Home > Cantik > MAC Bakal Mengeluarkan Palet Pembayang Mata Basic B*tch

MAC Bakal Mengeluarkan Palet Pembayang Mata Basic B*tch

Selain daripada pertunjukan koleksi-koleksi terbaru buat pereka fesyen, minggu fesyen juga menjadi landasan untuk syarikat kosmetik mengeluarkan teaser produk-produk terbaru mereka seperti MAC dengan koleksi gincu kilauan mereka.

 

Nampak gayanya MAC juga bakal mengeluarkan satu palet pembayang mata yang baru yang diberi nama “Basic Bitch” melalui gambar yang dikongsikan oleh jurusolek kanan Netta Szekely.

 

Walaupun terma “Basic Bitch” sering dikaitkan dengan keadaan seseorang yang sangat bosan dan.. well basic, MAC pasti mempunyai sebab yang kukuh untuk menggunakan nama ini untuk palet pembayang mata ini.

 

Gambar yang dikongsikan oleh Netta semasa di belakang pentas Minggu Fesyen Milan itu menampilka palet pembayang mata “Basic Bitch” yang mempunyai 8 rona warna dengan tona cool.

Rona-rona yang terdapat adalah Shy Girl, Tattle Tale, Me Me Me, Hell in Heels, Ms. Personality, Big White Lie, Text Me Later, Gameplayer, dan Love This Bitch (kemungkinan highlighter).

 

MAC belum lagi mengumumkan tarikh rasmi produk ini akan dikeluarkan so let’s just hope for the best!