Dua Lipa Dedah 3 Rahsia Kulit Cantik, Lancar Jenama DUA
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioRatu pop dunia, Dua Lipa kini menjejakkan kaki ke dalam dunia kecantikan melalui pelancaran jenama penjagaan kulitnya sendiri yang dinamakan DUA.
Bekerjasama dengan jenama penjagaan kulit mewah Augustinus Bader, Dua Lipa melancarkan koleksi DUA pada 4 November 2025, menampilkan teknologi eksklusif TFC5™ yang diperhalusi untuk kulit muda dan aktif. Formula ini berfungsi melindungi, meningkatkan keanjalan serta membantu pembaharuan sel bagi kulit yang lebih sihat dan berseri.
Terdapat tiga produk utama dalam rangkaian ini yang dirangka bagi memenuhi rutin asas penjagaan kulit:
1. Balancing Cream Cleanser

Produk pertama dalam rutin ini ialah pembersih jenis krim yang kemudian menjadi buih (cream-to-foam), direka untuk membersih solekan, pelindung SPF dan kekotoran harian tanpa mengeringkan kulit. Formulanya mengandungi teknologi eksklusif TFC5™, serta bahan seperti prebiotik blend, biolipid complex dan tsubaki oil untuk membantu kawalan minyak, menutup pori dan memperbaiki tekstur kulit.
2. Supercharged Glow Complex

Langkah kedua adalah serum kaya vitamin yang memberi fokus terhadap kesan pudar seperti bekas parut jerawat, garis halus serta tekstur kulit tidak sekata. Kandungannya termasuk TFC5™, marine bio-retinol, niacinamide (vitamin B3) untuk tona sekata dan ectoin untuk perlindungan daripada faktor persekitaran. Dua Lipa memberitahu produk ini sebagai kegemarannya kerana hasil ‘glow’ yang segera.
3. Renewal Cream

Langkah terakhir dalam rutin ialah pelembap harian yang mempunyai tekstur gel-krim ringan. Ia mempunyai fungsi perlindungan kulit, memberikan hidrasi yang mendalam dan membantu mengembalikan keseimbangan kulit dengan bantuan TFC5™, pre- dan post-biotic blend serta kompleks asid amino khas. Dua Lipa menggambarkan ia sebagai “bouncy, soft and nice” pada kulit selepas penggunaan.
Dua Lipa menyatakan bahawa koleksi ini lahir dari keperluannya sendiri sebagai yang sentiasa on-the-go, dia menghadapi masalah kulit seperti breakout dan kekeringan. Oleh itu, dia mahukan satu rutin yang ringkas tetapi berfungsi. “A three-step skincare line feels really manageable and not so daunting,” katanya dalam temubual.
Dengan formula vegan, bebas pewangi, bebas silikon dan direka untuk diserap dalam kehidupan harian yang pantas, rangkaian ini memberi pilihan baharu kepada pengguna yang mencari penjagaan kulit berkualiti tinggi tetapi mudah diakses.
Artikel Berkaitan: Rahsia Kecantikan Kulit Dua Lipa: Produk Hebat dari Augustinus Bader
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
