Beauty Emergencies!

T59817882_Max

Gambar: Arkib GLAM


 
Aduh, bedak bertompok di muka! Bagaimana pula mahu menutup jerawat ini? 1001 soalan, GLAM bantu selesaikannya.
 
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menutup segala cela di wajah agar tampil lebih yakin. Paling penting, di dalam tas tangan, simpan pouch kecil khas untuk alat solekan sebagai beauty emergencies kit anda!
 
Masalah 1: “Di mana gincu bibir saya?”

Jika anda tertinggal gincu di rumah, usah risau. Gunakan pemerah pipi tidak kira bertekstur krim atau serbuk sebagai pengganti. Oleskan dibahagian tengah bibir kemudian usap sehingga ke penghujungnya. Kebanyakan jurusolek belakang tabir juga mengaplikasikan tips and tricks ini. Namun, sebaiknya anda mahu sapukan salap bibir terlebih dahulu untuk mengekalkan kelembapan bibir. Ia juga bertindak sebagai finishing untuk mendapatkan hasil solekan bibir yang lebih mungil dan glossy. 
 
Masalah 2: “I overplucked my eyebrows!”

Jika mencabut bulu kening secara berlebihan menjadikan kening anda pelik, gunakan pensil kening juga maskara gel kening untuk mengembalikan bentuk kening yang cantik lagi kemas. Tip dalam mengaplikasikan solekan kening, gunakan warna yang sepadan dengan rona rambut. Ia membuatkan wajah tampak lebih klasik dan seksi.
 
Masalah 3: “Rambut saya kelihatan berminyak!”

Rambut berminyak membuatkan rambut leper seterusnya penampilan menjadi terganggu. Solusinya amat mudah, kebanyakan pakar kecantikan menyarankan bedak bayi sebagai pengganti kepada syampu kering yang mudah dibawa kemana sahaja tidak kira di mana anda berada. Kini, syampu kering hadir dalam bentuk penyembur atau juga serbuk sudah banyak terjual. Hadir dalam saiz yang lebih kecil dan ringan.
 
Masalah 4: “Wajah saya kering dan lesu

Cuaca tidak menentu membuatkan kulit wajah kering dan kusam. Untuk mengekalkan hidrasi kulit, sapukan pelembap sebelum mengoles solekan pada wajah. Bagi yang sering mengaplikasikan solekan tebal, anda  tentu tidak mahu sisa solekan meresap kedalam kulit lalu menjadikan ia kotoran kekal. Sapukan primer sebelum mengaplikasikan bedak asas. Ia membantu solekan tampil cantik dan tahan lama.
 
Masalah 5: “Lingkaran gelap di bawah mata”

Ia terjadi akibat tidur lambat atau juga terlalu asyik bekerja di hadapan komputer. Untuk kesan yang lebih optimum di samping merawat lingkaran gelap bawah mata, sapukan dahulu krim mata kemudian diikuti dengan concelear. 
 

POST A COMMENT