Gambar: Ingimage
Tahukah anda bahawa haruman yang disembur wangi sebenarnya mencerminkan personaliti diri? Pemilihan wangian membangkitkan aroma dan aura tersendiri seterusnya memberi signature scent terhadap diri serta personaliti anda. GLAM selami personaliti diri berdasarkan wangian melalui sebuah kajian yang dijalankan.
1. Haruman powdery flower
Sukakan keadaan yang tenang dan seimbang. Bukan seorang pendiam tetapi juga tidak terlalu ceria. Mempunyai kawalan diri yang sangat kuat serta amat berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Juga gemar sesuatu yang elegan serta lain daripada yang lain.
2. Kombinasi haruman buah-buahan, bunga, chypre dan animalistic
Memiliki personaliti yang kuat, harmoni dan seimbang membuatkan penggemar haruman ini jarang tertekan atau bersedih hati. Masalah yang dihadapi pula sering diselesaikan dengan cara mudah dan praktikal. Gemarkan gaya hidup berkualiti, mereka ini tidak takut akan masa lampau serta sering memancar cahaya kemesraan terhadap orang di sekeliling.
3. Haruman bunga manis dan oriental
Tidak sukakan gaya hidup sibuk atau sering berubah, tetapi lebih terarah kepada kehidupan yang lebih selamat. Kedudukan kewangan yang kukuh menjadi asas serta lebih senang membuat perancangan untuk jangka masa panjang bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Dalam soal berkawan, sahabat yang bertanggungjawab membangkitkan rasa selesa dan selamat, pada masa yang sama ianya bertujuan untuk tidak menganggu rentak kehidupan mereka. Tika sakit pula, pengesahan kedua dari pakar diperlukan untuk lebih rasa terjamin. Mereka ini juga suka mengumpul barang berharga.
4. Haruman bunga dan floral fruity
Periang dan ceria tetapi mudah terluka. Mempunyai pandangan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik, mereka yang sukakan haruman ini memiliki hati yang baik, sering mencuba untuk memenuhi keinginan diri serta gemar membuat keputusan secara spontan dan merasa teruja akannya. Sekiranya terluka, mereka akan cuba untuk melupakannya secepat mungkin. Menjalani gaya hidup moden, mereka juga merupakan seorang yang dreamy.
5. Haruman fresh, citrus dan oriental
Mesra, aktif dan optimistik, sukakan cabaran serta kehidupan yang dinamik. Gaya hidup praktikal menjadi pilihan dan gemar akan sesuatu yang baru. Dalam suatu kumpulan, mereka ini lebih terarah untuk menjadi pemimpin dan boleh menyiapkan tugasan dalam masa yang pantas.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
