fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Keputusan Muktamad Khloé Kardashian Selepas Teman Lelakinya Curang
Salah Seorang Daripada Hadid Sisters Kembali Ke Pentas Victoria’s Secret
Kembara Cinta Emma Maembong Dan Kamal Adli Sampai Ke Penghujungnya
Alexa Chung Dan Alexander Skårsgard Berpisah
American Crime Story: The Assassination of Gianni Versace, Tidak Diterima Oleh Keluarga Versace
Home > Uncategorized > Beyoncé Sudah Lahirkan Zuriat Kembarnya?

Beyoncé Sudah Lahirkan Zuriat Kembarnya?

Riuh-rendah laman sosial Twitter kelmarin dengan beribu-ribu penggunanya serta peminat Queen Bey bersepekulasi akan kelahiran anak kembar oleh penyanyi itu bersama suaminya, Jay-Z. Ia dikhabarkan bahawa beberapa sumber terdekat telah mengesahkan kepada majalah US Weekly bahawa terdapatnya seangkatan pengawal peribadi upahan pasangan tersebut di sekitar sebuah hospital swasta di Los Angeles, sekali gus membuakkan spekulasi akan kedatang dua zuriat itu.

 

Beyoncé dan Jay-Z mengumumkan bahawa mereka sedang mengandung kembar pada bulan Febuari lepas. “Kami ingin kongsikan rasa cinta dan kegembiraan kami dengan kalian [peminat]”, tulis Beyoncé di kapsyen salah sebuah foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya. “Kami sudah dua kali diberkati. Kami sangat bersyukur akan keluarga kecil kami yang akan membesar, dan kami berterima kasih kepada semua atas ucapan positif yang diberi. – The Carters”, sambung pemenang 20 Anugerah Grammy itu

 

Pasangan royalty Hollywood itu merupakan ibu bapa kepada seorang anak perempuan bernama Blue Ivy, 5 tahun. Mereka bernikah pada tahun 2008 dan bakal menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan. Good Morning America mengkhabarkan ketika kelahiran Blue Ivy, Beyoncé mengadakan pembedahan cesarean. Mereka menyambut zuriat sulung itu di Hospital Lenox Hill yang terletak di kota metropolitan New York pada tahun 2012.