fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Top 10 Model Paling Popular Di Instagram Untuk Tahun 2017
Holiday Home Baru Natalie Portman Bernilai RM27.6 Juta
Kisah Percintaan Jennifer Lawrence & Chris Pratt
J.W. Anderson Rangkul Gelaran Pereka Fesyen Wanita Dan Lelaki Terbaik
Mengingati Michael Jackson: Trivia Menarik Raja Pop
Home > Uncategorized > Naomi Campbell Menerangkan Situasi Hubungannya Dengan Rihanna

Naomi Campbell Menerangkan Situasi Hubungannya Dengan Rihanna

Supermodel Naomi Campbell sebelum ini dikatakan mempunyai isu dengan penyanyi pop Rihanna selepas peminat kedua-dua belah pihak menyedari bahawa mereka berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing.

 

 

Dalam rancangan bual bicara Andy Cohen, Naomi menerangkan keadaan sebenar hubungannya dengan penyanyi tersebut.

 

 

“Adakah semuanya baik sahaja antara mereka berdua?” Andy Cohen menujukan soalan seorang peminat itu kepada Naomi.

 

“Ya semuanya baik sahaja,” balas Naomi dalam usahanya untuk menerangkan situasi sebenar sebelum menyambung lagi kenyataannya.

 

“Saya seorang pelakon sekarang, Andy. Saya tidak mempunyai sebarang masalah, terutamanya dengan seorang wanita berkulit hitam saya anggap sebagai seorang yang berkuasa. Kami berada di luar sana melakukan perkara yang sama dan menghadapi dugaan yang sama [sebagai wanita berkulit hitam],” sambung Naomi lagi.

 

Naomi Campbell, Rihanna, Iman dan Olivier Roustaing untuk kempen Balmain.

Rihanna dan Naomi sebelum ini sering dilihat menunjukkan sokongan mereka kepada antara satu sama lain dan mereka juga pernah bekerjasama bersama seorang lagi supermodel Iman untuk kempen Balmain.