fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Fashion Future 2016 Raikan Pereka Fesyen Lokal
GLAM PROMOSI – MARCH 2018
Putera William Berkongsi Kisah Dia Menghadapi Pemergian Ibunya
North West Duduk Di Baris Hadapan Pentas Balenciaga
Juliana Evans Selamat Dinikahkan Dengan Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah
Home > Uncategorized > Mariah Carey Beri Amaran Kepada Lionel Richie

Mariah Carey Beri Amaran Kepada Lionel Richie

Apa kata Mariah akan berita hangat itu? Don’t.

 

 

Mariah Carey terkenal dengan karakter divanya yang menjadi-jadi, apatah lagi ketika ditanya akan perkara yang tidak disukainya. Desas-desus khabar mengatakan bahawa penyanyi legend, Lionel Richie bakal mengambil tempatnya sebagai salah seorang juri di rancangan realiti, American Idol.

 

Apabila disoal ketika di temu bual Entertainment Tonight Isnin lalu, penyanyi We Belong Together itu menjawab, “Saya akan katakan, jangan lakukannya.”

 

“Tidaklah, saya hanya bergurau. Jika beliau [Lionel] mahu lakukannya, buatlah. Saya rasa beliau sangat sesuai,” sambungnya. Sebelum ini, Mariah pernah melabelkan tempoh singkat beliau menjadi juri di rancangan tersebut sebagai “pengalaman paling buruk dalam kehidupannya” ketika di temu ramah bersama sebuah siaran radio Australia. Hal ini kerana secara tidak sengajanya, suatu persengketan berputik bersama Nicki Minaj, yang juga seorang juri ketika itu.

 

 

I don’t think they had any intentions for us to have a good experience doing that show. Pitting two females against each other wasn’t cool,” luah Mariah. Beliau hanya mampu bertahan satu musim sahaja sebelum meloloskan diri dari pergaduhan berpublisiti tinggi itu.

 

Dalam berita lain, Katy Perry telah sah diumumkan sebagai salah seorang juri bagi rancangan siaran ABC itu.